Pages

Wednesday, 29 January 2014

Mimpi Lagi...

Assalamualaikum...
     Haish blog aku ni dah jadi macam blog mimpi pulak... Hahahah jangan salah paham pulak aku tulis ni pun sebab nak share aku jarang ingat apa yang aku mimpi ni...
     Hmmm masa tu kalau tak silap aku aku kat rumah atuk aku... Rashed masa tu nak makan. Masa aku nampak dia aku terus peluk and sium dia rindu sangat dekat dia. We hug as if we dont want to let go. Hahahaha mungkin aku rindu sangat dengan Rashed. Rindu serindu-rindunya. Haish bila lah aku dapat jumpa dia lagi.. Geram sangat.. Hahahaahah Nanti masuk asrama dah jarang boleh jumpa dia. Hope he doesnt forget me huhuhuu....



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Mimpi (AGAIN)

Assalamualaikum...
      Mimpi lagi... Mimpi bertemu seorangbudak kecik tapi nasib baik yang ni den kenal hahahah... That boy is Rashed. My sweet little brother. The situation is at Kampung area rumah papan. I was holding his hand and he was walking with me outside the house and suddenly he want to let go off my hand. And then he started wondering around and blabbering. It is like he is talking something. I can't really remember what is it. But my aunty Anita was also there and she also amazed about it. Is this another sign? or Its just a simple normal dream? Hmm but this happen in the morning before subuh. Hmmmm..... I wonder what it is?
 
 
 
 
 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png
 
 
 
 

Monday, 20 January 2014

Mimpi...

Assalamualaikum...
     Aku nak ceritakan apa yang telah berlaku petang tadi. Hmmmm biasalah sejak mula sekolah ni asik kepenatan je.. belum syncronise lagi dengan situasi persekolahan.. heheheh
     So masa aku tidur aku termimpi satu benda yang aku ingat sampai sekarang. Mimpi berjumpa dengan seorang budak lelaki. Budak kecik ni nakal. Dengan aku mula-mula dia tak nak. Tapi dalam mimpi tu aku kena jaga dia. Aku mula-mula geram jugak budak tak nak dengar cakap. Lepas tu aku biarkan je dia sorang dan aku bercakap dengan seseorang. Tiba-tiba budak tadi jatuh dalam kolam aku pun cepat-cepat selamatkan dia. Aku marah dia. Tapi marah-marah pun aku bersihkan budak tu, mandi kan dia. Lepas tu aku tak ingat apa berlaku kat budak tu. Tiba-tiba aku terjumpa dengan seseorang lagi. Dia... Aku berjumpa dengan dia dalam mimpiku. Tapi mengapa? Dulu ketika aku ingin bertemunya di dalam mimpiku susah sekali. Tapi sekarang dia muncul. Dalam mimpi tu aku terlihat ada seseorang menanyakan dia tentang hubungan kami. Aku tengok dia kalut nak jawab. Aku pun tolong jawabkan. Aku ingat-ingat lupa apa yang aku katakan. Tapi kenapa aku berkata seperti itu? Hmm... sedang aku berbual-bual dengan si dia. Budak lelaki yang aku jaga tu tiba-tiba datang peluk kaki aku. Dia kelihatan manja dan rapat denganku.
      Hmmmm apakah maksud mimpi ini? Adakah ia hanya mainan tidur? Entahlah tapi aku tak tahu kenapa aku boleh ingat mimpi ni. Sealunya aku lupa yang aku mimpikan. Hmmm Aku harap aku dapat jawapan dia jika didalam mimpi ini ada mesej yang ingin disampaikan.



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Monday, 13 January 2014

Perubahan

Assalamualaikum...
      Hmmmm perubahan...Well I dont really want to but that is what I have to do. Bukan senang nak mengubah diri ini kepada diri yang lain. Susah... But kenalah jugak. Aku tak tahulah sama ada perubahan aku ni baik atau buruk. Bagi aku apa yang aku buat ni adalah terbaik sekali buat aku. Mungkin ada yang mengatakan aku berubah kepada sesuatu yang buruk dan baik. Entahlah... Hanya    1-2 orang je yang tahu mengapa. Kalau ada yang menganggap aku sombong. Well aku tak boleh nak cakap apa. Mungkin aku sombong, tapi sombong aku bersebab. Aku tahu aku akan kalah dengan perubahan ini tapi aku akan tetap mengharunginya selagi aku mampu. 
       Tanpa abangku selama dua minggu perghh amat membosankan. There is no one aku nak ceritakan masalah aku ni. Takpelah pendam jelah... Tapi bila dia balik aku tak jadi pulak nak cerita masalah aku. Biarlah ia menjadi rahsia dalam diri ini. Buat apa aku nak bebankan dia dengar masalah aku yang remeh ni. Well aku harap sangat surat tawaran ke Sekolah Berasrama penuh/ MRSM / Kolej Yayasan Saad. Aku taku aku tak boleh bertahan. Mudah-mudahan bila aku keluar nanti lama-lama masalah aku juga akan diusir bersama. 
      Haishhh aku harap apa yang aku buat kali ini adalah benda yang betul. Mungkin akan terbongkar satu hari nanti tapi biarlah masa menentukan segalanya apa yang aku rasa di hati ini. 


 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Orientasi...

Assalamualaikum,
     Hmmm masa orientasi haritu aku and the shenget's plan birthday for my brother Shahrul. Hmmm dia dapat interview untuk ke Royal Millitary College. Hahahah untunglah.. tapi sedeyh kerana aku ditinggalkan selama dua minggu. huhuhuhuhuh....
      Aku menyuruh makcik Nisa membuat kek. So kami sambutlah sama-sama. All was great. We all happy. But I know there is something not right. But I will just keep it to myself. Maybe Im the only one feeling it. Well never mind I know what I should do now. I just have to be strong, be positive and look on the bright side. SMILE!!!!
     


 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Travelog Umrah (Mekah)

Assalamualaikum,
Day 9,
     Harini hari jumaat. Program untuk harini adalah bebas. Ustadz mencadangkan kami pergi Masjid awal kerana pada hari jumaat Masjidil Haram akan dilimpahi dengan semua umat Islam tak kira lelaki ataupun wanita. So pagi tu ada sikit taklimat dan selepas itu kami bebas dengan aktiviti masing-masing seperti bershopping dan sebagainya.
      Oh ya sebelum pergi solat jumaat kami dihidangkan dengan nasi mandhi. Fuh sedappp dengan kepala-kepala kambing ada. Firstime aku rasa lidah n otak kambing. Berlemak ... Tapi boleh ar makan sikit-sikit.
     Memang betul solat jumaat penuh orang. Tak kira lelaki dan perempuan. Tapi khutubah dalam bahasa Arab. Ni yang buat aku nak sangat belajar bahasa Arab. Hmmm Insya-Allah aku nak pergi kelas Arab waktu cuti sekolah nanti. Selepas itu, aku berpeluang untuk mengusung jenazah. Kat sini orang berebut-rebut nak usung jenazah. Walaupun jenazah itu tidak dikenali. Beruntungnya jenazah tersebut. Kalaulah aku juga dapat mengakhiri riwayatku di tanah suci dan jenazah ku diuruskan disana, disembahyangkan di Masjidil Haram... 
     Malam tu amat menyedihkan kerana merupakan malam terakhir. Tapi malam tu ustadz ada sampaikan berita gembira pada aku. Insyaa-Allah ustad saya akan cuba mudah-mudahan saya dapat melakukannya.


Day 10,
     Harini sedih sekali. Kami akan berangkat pulang. Pagi ni dalam pukul 1 beg dah kena turun bawah. Air zam-zam kami telah settlekan pada malamnya. Sedih sangat bila kami harus melakukan tawaf wada' selepas solat subuh. Sayu je rasa hati. Ya Allah sampaikanlah lagi aku disini Ya Allah....
Selepas itu kami balik ke hotel untuk berkumpul. Sekarang ni dah tak boleh nak ahopping and ambik gambar lagi. Hanya boleh beli keperluan untuk perjalanan saja seperti makanan.
     Fuhh.... dugaan... Dengan drivernya buat hal. Lepas tu dengan cerita kami punya makan tenghari di songlap oleh taxi driver. Tak da rezeki. Lepas tu kat imigresen pak Arab tu buat hal pulak dia melambatkan kerja kita orang. Dah lama kami tunggu. Aduhhh... Sabar jelah... Nak dekat 2 jam baru semuanya selesai.
      Naik je kapal terbang hati sayu. Hmmmm bila lagilah aku dapat sampai ke sini. Tapi Alhamdulillah atleast aku berpeluang menjadi tetamunya.


      


 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Travelog umrah (Mekah)

Assalamualaikum...
        Hai... hahahah dah lama dah aku tak update blog ni. Sebelum aku cerita panjang biar aku sambung travelog umrahku....

Day 8,
        Haaaa harini kami semua akan ke tempat Miqat yang terakhir iaitu di Hudaibiyah. So harini aku pun turut sama memakai ihram kerana ingin bersama-sama mengerjakan umrah. So biasalah pakai ihram ni aku tak berapa selesa sangat tapi bila difikirkan nabi pun boleh pakai tak kanlah aku ni tak boleh. 
      So kami pum bertolaklah ke Hudaibiyah. Sebelum sampai di Hudaibiyah kami berhenti di ladang unta. Haaa kat sini je boleh dapat susu unta fresh tau. Fresh from the kantung lagi. hahahahah... Well mesti ramai rasa macam euww... nak muntah lah apa lah... Haaa ingat ye kat sini jangan sesekali buat macam tu nanti Allah bayar cash betul-betul muntah baru tahu. Sebenarnya susu unta ni sedap. Tak bau pun macam susu kambing rasa lebih kurang macam soya. Sedap.. Banyak hasiatnya. Tapi tak boleh nak bawak balik sebab cepat basi.
     Then kami semua naik bas dan terus ke Masjid Hudaibiyah untuk solat sunat ihram dan bermiqat disana. Haaa di sinilah di mana perjanjian Hudaibiyah dilakukan. Perjanjian Hudaibiyah dilakukan di bawah sepohon pokok tetapi telah ditebang oleh Saidina Abu Bakar untuk mengelakkan amalan khurafat. Lepas sembahyang macam biasalah aku dengan pegang bendera mencari orang... Macam ketua travel ni pulak.
     Dalam bas tiba-tiba ustadz suruh aku mengetuai bacaan talbiah. Terkezut jugak. mula-mula tu tak nak tapi bila ustadz cakap " Banyak pahala dapat" terbukak hati aku untuk melakukannya. Mula-mula berdebar jugak tapi lama-lama okey. Alhamdulillah. Tak sangka aku boleh buat.
   Sampai je di Masjidil Haram seperti biasa umrah dilakukan secara sendiri-sendiri. 
      Malam tu kami pergi bershopping di mana entah tapi bayangkan 11 orang termasuk driver naik kereta 7 seater. bukan kecik semua dah dewasa bayangkan. FUH... penat siiiihhh...
And thats about it for today...



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Wednesday, 1 January 2014

Travelog Umrah (Mekah)

Day 7,
Assalmualaikum,
        Seperti yang dijanjikan kami akan berangkat ke Janarah pagi ni. Sesiapa yang ingin bermiqat di persilakan dan dicadangkan untuk siap-siap memakai hram bagi yang lelaki. Tapi hanya ayah aku dalam keluargaku yang ingin mengerjakan umrah. Aku taknak  sebab kaki dah naik lenguh heheheheh. So aku pun hanya berpakaian biasa. Harini kami akan pergi ke  beberapa destinasi. Antaranya ialah Jabal Rahmah, dan kami akan berhenti berdekatan dengan Jabalnur dan Jabalsur.
       Dalam bas ustad Habib menanyakan siapa yang ingin memegang bendera Al-Muttaqin Travel. Heheheh ustad tanya sapa nak jadi Saidina Khalid Al-Walid. Hahahhaha... Aku pun menawarkanlah diri. Kami pun sampailah di Jabal Sur di mana terleaknya gua sur. Fuh best betul pegang panji ni. Ramai orang nak bergambar dengan den. Jadi Glamour pulak. So dekat situlah aku mula rapat dengan ustad Habib.
        Selepas itu kami pun sampai di Jabal Rahmah tempat yang ditunggukan oleh para pria hahahah.. Nak tahu kenapa di sini katanya orang selalu berdoa untuk mendapatkan jodoh. Kerana di sinilah Nabi Adam AS dan Hawa RA dipertemukan setelah lama terpisah. Hmmm bak kata ustad para-para lelaki siapkan skrip awal2 hahahah.. Macam-macam nak mintak ada tu nak tambah lagi satu hahahahha..
        Lama jugak di Jabal Rahmah maklumlah ramai yang nak mendaki sehingga ke puncak bukit. Nasib baik sekarang dah ada tangga. Then we move on and pergi berhenti seketika di Jabal Nur dekat bawah je untuk ambik gambar sebab masa tak cukup. Jabal Nur nilah terletaknya gua Hiraq di mana Rasulullah SAW menerima wahyu yang pertama. Selepas tu kami melalui kawasan Arafah dan Mina. Just tengok tempat. Lepas tu kami semua ke Janarah untuk berniat ihram bagi sesiapa yang ingin mengerjakan umrah. And thats it for today...

       



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Travelog Umrah (Mekah)

Day 6,
Assalamualaikum...
        Hari ini dah masuk hari ke6... Harini sepatutnya kami akan bergerak seawal 7:30pg untuk ke Janarah untuk bermiqat disana. Tapi nak dekat pukul 9 ada satu basa sampai tapi group no 2 pegi dulu yang di ketuai oleh ustad Paridin. So kami geng no1 ustad Habib terpaksalah tunggu. Tunggu punya tunggu last-last dapat tahu jalan sesak bas tak dapat nak sampai. Ada diantara kami yang sudah berihram. So pagi ustad Habib buatlah tazkirah yang sepatutnya untuk slot esok tapi tak apalah pasti ada hikmahnya. Ustad memberitahu yang group kita orang akan ke Janarah esok. So ustad pun berceritalah sedikit tentang persedian kita ke sana... Ke mana??? Kehidupan selepas mati. Dimana terputus semua pertalian daripadanya kecuali 3 perkara. Sedekah Jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak-anak yang soleh. Dan perkara yang paling hampir dengan kita ialah mati dan yang paling jauh ialah masa silam. Tulah serba sedikit.
       Haaa mengikut kata putus ramai yang hendak mengerjakan umrah. So ustad mengambil keputusan bagi sesiapa yang nak mengerjakan umrah ustad juga akan turut serta dan kami akan sewa van ke tanaim untuk bermiqat disana. So kami pun bersiap-siaplah dengan ihram untuk bermiqat di sana. Hmmm baru aku tahu di tanaim ni sebenarnya tempat yang dilaksanakan hukum hudud secara terbuka.
        So seperti biasalah sampai di tanaim kami semua menunaikan solat sunat ihram dan berniat ihram disana. Dalam van kami bertalbiah beramai-ramai. Sampai sahaja di Masjidil Haram kami menunaikan solat zuhur dulu memandangkan waktu zuhur telah masuk. Selepas itu kami semua menunaikan umrah. Alhamdulillah dapat juga kami menyempurnakan ibadah umrah kami lagi sekali.



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png