Pages

Friday, 6 November 2015

DORM 17 (PREFECTS)

Bismillahirrahmanirrahim...

        Dorm 17. Setahun menjadi ahli dorm ini banyak benda yang telah berlaku. 1st day lagi dah ada orang keluar pindah dorm. Quite sad but we have to accept it. It all started quite OK at first but slowly the problem started to pop out. There were no one to be blame. We all human, we all have our own opinion. But Alhamdulillah, slowly the problems were solved. There were rebellious people in here. To be honest I am one of them. 
      Let me introduce you to my dorm mates. First of all Hairi Padzil our Ketua Dorm. Very interesting guy. Always sleep with his molly (tuala bucuk) hahahha. Next is Akmal Hisham our Prefect Head Boy. You have to know him to get close to him, if not you cant. Next is Israf Rifqi our Diva. He is a cute little plump. Then we have Danial Aniq aka Wak our TELEKOM captain. Stylish and charming guy and sometime he is very cute. Next we have Muhammad Amran Our Exco Academic. Kpop boy, like to be a kpoper and a very bright boy. Next we have Ahmad Razin our School Head Boy. Interesting person and he is our school Bahas team leader. Next we have Arshad Nordin our Hostel Head Boy. A charming little boy and very interesting person if you know him. Next we have Hafizi our secretary. A small little boy who is very hardworking. Next we have Faiz Luqman aka fighter our Exco Discipline. Our dorm engineer, the one who fix everything in our dorm. Next we have Ammar Izudin aka tokek or MEODENAS captain. Very open minded, usually sleep in dorm 7. Next we have Adli our PROTON captain. You have to know him first, very cheerful guy indeed. Last but not least Nazierul Basysyar our PETRONAS captain. Well I tell you about him later.

        Thanks to all my dorm mates for the sweet memory we had together. Even though we never get a chance to gather all of us in our dorm but we indeed share some memories together. Thanks for being my friend. Thanks for accepting for who I am. Please dont forget the times we had together. All the very best to our future lets strive together in SPM 2015. SRAIGHT A+. Hope to see you guys again in the future. Maafkan aku seadainya pernah mengguriskan anda semua. Salam persahabtan daripadaku.







 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Monday, 17 August 2015

Kebahagiaan

Assalamualaikum....

Apa yang membuatkan kita bahagia? Entahlah kerana kebahagiaan itu hanya akan datang sekejap sahaja dan pergi begitu sahaja. Betul ke?
Tadi lepas paper mathematics ramai yang merungut. Biasalah kadang-kadang kita dah keluar tu baru ingat macam mana nak buat. Kadang-kadang terfikir juga kenapa dalam exam kita tak nampak kesalahan yang kita buat tapi bila dah keluar baru ternampak. Mungkin kita terfikir BAD LUCK kan? Cuba lihat kembali mungkin kita banyak buat dosa dan meynyebabkan pemikiran kita terhijab. Jangan salahkan takdir. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
"Beruntunglah seseorang itu apabila dia redha dengan apa yang dia dapat"
Terdengar ayat itu keluar daripada rakanku. Aku terpana dan terfikir kembali akan ayat yang meniti di bibirnya itu. Selagi mana kita tidak redha dengan apa yang berlaku. Selagi mana kita tidak redha dengan apa yang kita dapat. Selagi mana kita mencari kesalahan orang lain atau diri sendiri akan sesuatu yang berlaku. Selagi itulah kebahagiaan tidak akan kita capai. Baru aku sedar betapa ruginya aku. Mengenang akan kesilapanku yang lepas menyedarkan aku. Bahawa kebahagiaan yang kucari itu sebenarnya dekat. Redhalah dengan apa yang telah berlaku. Senyumlah kembali. Jangan tangisi perkara yang lalu. Harungilah masa yang akan mendatang. Berbahagialah wahai insan yang redha...



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Friday, 24 July 2015

Masa berlalu mengajarku

Masa...
Andai saja masa bisa diputarkan. Banyak yang ingin aku ubah. Lambat untukku sedari bertapa pentingnya sesuatu itu. Masa mengajar aku erti kesabaran, erti kepercayaan erti pengorbanan. Apa yang kita lakukan sekarang harus kita ingat akan effectnya di masa hadapan salah pertimbangan sesat jalan. Salah pertimbanganku meredahi masa melupakan segalanya. Tetapi masa memburuku bersama kenangan silam. Kehidupan tidak selalunya apa yangnkita impikan. Ada masa kita di atas ada masa kita jatuh tersungkur di gelandangan. Menyesalnya aku akan keputusanku. Peristiwa itu masih terngiang di fikiranku. Andai saja waras fikiranku. Andai saja hilang egoku. Andai saja masa berhentu memberiku ruang untuk menilai. Mungkin kebahagiaan menanti. Apa yang kita lakukan detik ini penentu masa hadapan. Setiap langkah membawa makna tersendiri, setiap perkataan ada tersiratnya, setiap perbuatan ada balasannya. Jangan cuba meredahi masa melupakan perkara silam kerana kita akan dikejar masa dengan bayangan silam. Namun sedaya upaya aku lakukan untuk melupakannya. Aku fikir aku sudah bebas. Tidak! Aku masih gagal setiap bayangan lalu menghantuiku. Aku terlewat untuk perbaiki semuanya. Tiada apa yang dapat ku gambarkan melainkan penyesalan semata-mata kerana masa tidak dapat mengubah takdir yang telah berlaku. Biarlah cintaku berkubur dihati. Walaupun pahit, sakit hingga titisan air mata akan cuba kuteruskan hidup ini. Biar setiap langkah derita kuharungi demi melihat senyuman kebahagiaan seorang insan yang dicintai. Berbahagialah cinta. Andai itu takdirnya aku redha. Janganlah air matamu mengalir lagi. Kerana aku akan lebih sakit. Semadilah cintamu dihatiku wahai insan yang kucintai kerana masih belum ada insan lain yang bisa menggantikan dirimu. 
Cinta.......





 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Tuesday, 28 April 2015

PUAS HATI ???

Assalamualikum wbt...



Hmmm coretan kali ini sangat membuat aku rasa ingin meluahkan segalanya. Biarlah aku tidak bisa pendam lagi semua ni. Terpulanglah nak kata aku ni 'rebellious' ke and what  so ever.. I DONT CARE ANYMORE....


Puaslah hati kau sekarangkan. Apa yang kau nak semua tercapai walaupun dengan menggunakan cara yang kotor sekalipun. Kau selalu menasihatkan orang tapi kau sendiri melakukannya. Bukan aku orangnya untuk nilai seseorang tapi dari apa yang aku nampak "MUNAFIK" mungkin padan dengan sikap kau sekarang. Patutlah ramai orang tak suka. Ramai orang berkata2 pasal kau. At first aku memang sokong kau. Aku rasa kau memang seorang yang baik someone who can lead better. But thank you for making me realise who you really are. Thanks A LOT. 

Aku tahu prinsip kau. Semua orang kena dengar cakap kau. Pendapat orang lain tidak boleh diambil kira. Kau je yang berhak menentukan segalanya disini. Mendesak pemimpin untuk tidak bergaul dengan orang bawah. Nampak sangat kau mementingkan status. Kau tak boleh ditegur. Apakah engkau "MA'SUM" entahlah... kadang2 aku terfikir mana silapnya. Adakah hanya aku terikut-ikut dengan kata orang. Tapi sekarang ni aku sedar mana kaca mana permata, sapa dipihak yang benar dan sapa dipihak yang salah. Apa yang kau telah buat dekat aku. Aku ingat. Aku tak boleh lupakan. Aku tahu kau berdendam dengan aku, perasaan iri hati tu sentiasa hadir sebab kau tu liveless...

Engkau nak orang dengar cakap kau but at the same time kau tak pernah nak dengar apa pendapat diaorang. Jangan gunakan agama untuk tutup mata orang lain atas keburukan. Jangan ingat semua orang bodoh dengan percaya bulat2 apa yang kau katakan. Kau kena ingat satu hari nanti kebenaran akan terbongkar juga. Masa tu jangan pula baru kau nak terduduk dan fikir apa yang kau buat ni salah. Tiada guna penyesalan apabila nasi sudah menjadi bubur. Aku juga sedar kau hanya menggunakan nama guru2 hanya untuk mendapat perhatian para pelajar. Ingatlah 10kali kau berhujah belum pasti satu pun aku boleh percaya sekarang. Kau boleh diibaratkan duri dalam daging. Disebabkan kau tidak suka sesuatu itu kau nak semua orang ikut kau. Entahlahh... Mungkin cara ini dapat memuaskan hati dan nafsu kau.



Pernah tak kau terfikir sekalipun untuk turun kebawah bergaul dengan rakan-rakan seperjuangan kau. Tidak bagiku kau seorang yang sombong dan bongkak. Kau akan lakukan sesuatu itu hanya untuk kepentingan kau. Mungkin disebabkan itulah kau keseorangan. Mungkin kau tak sedar yang kau keseorangangan tapi ketahuilah. Setiap orang yang aku jumpa sekarang ada saja benda yang ingin dicakapkan tentang kau. Kalaulah kau tahu sebenarnya orang yang kau sangkakan kawan pun dapat melihat perubahan drastik kau. Jangan sampai satu hari nanti apabila mereka tak tahan , mereka akan meninggalkanmu seoarng.


Betulah kata orang kadang-kadang bila seseorang itu berpangkat dia akan berubah 360 darjah. Aku tak kisah kalu itu satu perubahan yang baik tapi sangkaan ku meleset sekali. Entahlah... Apa yang pernah kau katakan, janjikan sebelum menjadi seorang yang berpangkat tidak sama sekali dengan apa yang kau lakukan sekarang bak kata orang cakap tak suerupa bikin. Jangan sampai satu hari nanti satu batch kau tinggalkan kau keseorangan. Mungking kau tak akan kisah. Well its up to you. 

Panjang sungguh coretan kali ini... Kalau ikutkan hati banyak lagi nak tulis. Tapi cukuplah sampai disini sekadar dapat melegakan perasaan marah ini. Wahai orang diluar sana ingatlah status tidak mengubah diri kita tapi kita yang mengubah diri kita sama ada baik ataupun buruk. Kalau kau yang membaca coretan ini aku berdoa supaya kau berubah kembali ke pangkal jalan. Tengoklah balik. Renungkanlah balik.. Tapi buat masa ni aku tak dapat nak bersua dengan kau. Hati ini masih sakit.



Sekian...




 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Monday, 20 April 2015

Hatred...


While I was watching a Hindi movie, I found this interesting quotes...


"Darkness cannot drive out of darkness only light can...
Hatred cannot drive out of hatred only love can..."


This two lines have a really deep meaning in it. I started to think all this while in my life what I did to make me feel happy when someone hurt me is just to hate them. I thought that it will make me happy but in the end I am hurt even more. Once I am hurt I will find 1001 excuse to not forgive them. Even though lots of people says that 'Just forgive and forget' but I just cant. I always felt there an empty space in my heart. I felt alone even if there are people around me. I never figure out out how to get out of the darkness in my life.

      Alhamdulillah now I figure out what had been missing. You cannot forgive someone when you hate them. No matter what they do you will always have negative thoughts about it. To be able to forgive someone you need to find a reason like one thing that he have help you or do anything good to you. It should not be because of 1 mistake it cover all the good thing that he has done but it should be 1 good thing that can cover all the bad things he done. So lets live toward more positive life. InsyaAllah it will lead to a happy life. May Allah help us in becoming someone better in life. Aamiin..


 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Saturday, 10 January 2015

SPM 2015...

Assalamualaikum...
Sungguh pantas masa berlalu. Aku rasa macam baru je masuk form 4 tapi sekarang aku officially pelajar form 5 di SISME. Tahun ni tahun yang agak mencabar bagiku. Banyak perkara yang harus aku lakukan. Banyak perkara yang harus ku laksanakan tahun ini. Aku harus lebih fokus utuk belajar tahun ini dan curi masa untuk ulangkaji mata pelajaran yang tertinggal. Dalam masa yang sama tugas sebagai seorang pemimpin juga harus aku lakukan. Aku tahu ini semua bukan senang tapi aku tahu ini ujian daripada Allah untk menjadikan aku lebih baik. Allah takkan menurunkan ujian melebihi kemampuan hambanya. Tak lupa juga kepada rakan-rakanku batch Nuestra Exlencia 1115, Lets work together to achieve our school vison, our family and also our own vision. "SPM 2015 Cemerlang Straight A+' " Insyaallah. And to all other spm candidate batch 1998 Goodluck and lets do our best for SPM...






 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Wednesday, 10 December 2014

Bye-bye form 4.

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik aku dah habis dah form 4. Haish rasa baru sahaja aku daftar masuk ke SBPI Selandar. Masa kini berlalu terlalu pantas. 2-3 minggu lagi dah nak masuk form 5. A big year tomorrow. In fact a very important year. Banyak kenangan yang aku lalui di sekolah tahun ini. Mulanya memang susah nak get along with others tapi at the end semua orang boleh masuk. Time to set a new goal for next year.

New Gold...
SPM Trial straight A...
SPM 10A+
Projek Mega Pengantarabangsaan.
Dapatkan Biasiswa National.
Try to hafal surah-surah in Al-Quran.
Mengamalkan sunnah and hadis dalam kehidupan.
Rajin mengulangkaji.
Catch up balik subjek form 4.
Tak buat kerja lastminute.
Always on time.

Hmm a lot to do. Need hardwork to achieve all of this Insha-Allah I will try my best to achieve all of this. Wish me luck...



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png