Assalamualaikum w.b.t.
Bersua kembali... Minggun ni kami dibenarkan pulang kerana minggu ni merupakan minggu balik wajib. Hmmmm macam-macam belaku dekat asrama. Ada yang pahit ada yang manis. Biasalahkan, kalau manis je bosan pulak kehidupan ni. Ujian itu perlu, Allah menurunkan ujian kepada hambanya kerana dia rindu akan doa, rintihan dan rayuan hambanya. Cuba kita bayangkan hidup ini manis sahaja ....Mungkin kita akan rasa sangat selesa, tapi adakah kita akan ingat pada pencipta kita? Adakah kita akan berdoa? Adakah kita akan merintih? TIDAK!...
Balik pada cerita di asrama. Alhamdulillah result peperiksaan agak memuaskan, tak adalah teruk mana. Kehidupan asrama aku dah mula nak sesuaikan diri. Cuma 2 minggu pertama ni penat sikit nak kena kejar itu dan ini tambah lagi dengan minggu orientasi tak habis lagi. Latihan untuk bakat muda sampai tengah malam. Kerja sekolah pun boleh tahan jugak banyaknya. Haish menguji ketahanan mental betul hahahahah... Tapi tak apa ini mengajar aku untuk menjadi lebih kuat.
Teringat pada peristiwa yang baru berlaku 2-3 hari lepas. Di mana form 4 semua dipanggil oleh KP untuk perjumpaan dengan form 5. Aku tak tahu cerita sangat sebab aku lambat sampai sebab berborak dengan Adib and the gang samai tak tahu pun ada perjumpaan sampai ada orang datang dan bagi tahu. Sampai-sampai je tengok form aku dah kena marah dengan form 5. Lepas tu tiba-tiba kawan aku kata nama aku kena mention dengan form 5. Cuak jugak. Aku tanya dia kenapa? Rupa-rupanya ada form 5 dalam dorm tak puas hati dengan aku sebab lupa nak angkat tilam haritu dan terguna bahasa kau dan aku dengan dia. Haishhh sabar jelah memang pasal tilam tu aku terlupa. Yang bab kau dan aku tu sebenarnya akutak perasan tapi lepas tu aku cepat-cepat tukar. Haish takpelah mungking lain kali aku kena berhati-hati dengan setiap bait perkataan aku. Reda je lah...