Day 5,
Assalamualaikum...
Selepas kami selesai mengerjakan umrah. Kami semua pulang ke hotel. Sampai kat hotel apa lagi boom la sampai kul 4pg baru aku bangun bersiap-siap untuk ke Masjidil Haram. Haaa kat sini azan 2 kali. So taklah takut terbangun lambat nak ke masjid.
Aku pun pergilah sana bersama ayahku. Perkara pertama kami lakukan ketika masuk Masjidil Haram ialah melakukan tawaf sunat. Ustadz Habib pernah berpesan bila kita kat sini perbanuyakkanlah tawaf. Kerana Allah akan turunkan 120 rahmat di Masjidil Haram. 20rahmat untuk orang yang melihat Baitullah, 40 rahmat untuk orang yang solat di Masjidil Haram dan 60 rahmat untuk orang yang tawaf mengelilingi Baitullah. Rasullah pernah bersabda bahawa sembahyang di Masjidil Haram 100x lebih baik sembahyang di Masjidku. So kalau sembahyang di Masjid Nabawi 1000x kali lebih baik, kita kali dengan 100 = 100 000 kali lebih baik. Bayangkan semua amalan baik yang kita lakukan di Masjidil Haram di kali dengan 100 000. Subhanallah. Dan ada juga yang mengatakan ada 70ribu malaikat di atas Baitullah yang menyambut doa-doa orang yang tawaf mengelilinginya. Betapa ramai umat Islam yang merebut peluang tersebut. Siang malam sentiasa penuh. Di sinilah sepatutnya di panggil Kota yang tak pernah tidur kerana sentiasa ada umat Islam yang mengelilingi Baitullah.
Aktiviti harini ialah aktiviti bebas. Tapi pukul 9 ustadz ada buat postmotum pasal ibadah umrah yang pertama. So segala masalah yang ada dikemukakan dan akan cuba diperbaiki bersama. So kita semua dapat beribadat dengan cara yang terbaik. Tapi aku yang kepenatan ni tidur la sampai tengaharai hahahah. Kat sini pukul 12pm masuk waktu zuhur, 3pm lebih waktu asar, 5pm lebih maghrib dan 7pm lebih waktu isyak. So ramai yang beriktikaf dari asar hingga lah ke isyak. Kadang-kadang lepas waktu asar ada yang keluar pergi minum dan makan di gerai berdekatan. Ada juga kedai masakan melayu.

