Pages

Wednesday, 10 December 2014

Bye-bye form 4.

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik aku dah habis dah form 4. Haish rasa baru sahaja aku daftar masuk ke SBPI Selandar. Masa kini berlalu terlalu pantas. 2-3 minggu lagi dah nak masuk form 5. A big year tomorrow. In fact a very important year. Banyak kenangan yang aku lalui di sekolah tahun ini. Mulanya memang susah nak get along with others tapi at the end semua orang boleh masuk. Time to set a new goal for next year.

New Gold...
SPM Trial straight A...
SPM 10A+
Projek Mega Pengantarabangsaan.
Dapatkan Biasiswa National.
Try to hafal surah-surah in Al-Quran.
Mengamalkan sunnah and hadis dalam kehidupan.
Rajin mengulangkaji.
Catch up balik subjek form 4.
Tak buat kerja lastminute.
Always on time.

Hmm a lot to do. Need hardwork to achieve all of this Insha-Allah I will try my best to achieve all of this. Wish me luck...



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Saturday, 11 October 2014

Luahan hati yang terbuku...

Assalamualaikum...
          Tak sangka benda ni boleh terjadi. Hanya satu ayat boleh menugubah segalanya. Aku dan dia baru saja mula nak rapat. Boleh bergurau dan berborak selalu. Sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang dia sungguh marah denganku hanya kerana sebaris ayat yang ku tulis. Bukan niatku langsung untuk menyakiti hatinya dan bukan niatku untuk menyindir, hanya menganggap itu sebagai gurauan. Selama ini dengan 'orang-orang' lain bila aku kata seperti itu, mereka boleh je terima. Tidak perlulah bermasam muka. Tidak pula memarahi aku. Tidak juga memburuk2kan aku. Hanya dengan sebaris ayat itu seperti aku telah membuat satu dosa yang besar sangat.
         Selepas dapat tahu tentang ayatku membuat kau marah. Hati ku dari pagi hingga ke malam tidak tenang. Selepas solat Maghrib aku sanggup naik nak berjumpa dengan mu. Tapi kau kata jumpa lepas habis kelas malam. Walaupun dah pukul 11 malam sanggup aku menapak naik jumpa denganmu. Ketuk pintu berkali-kali ingin menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku. Tapi yang aku harap hanyalah kehampaan. Cuba ingin kujelaskan, tapi hati mu keras tidak ingin mengerti. Menyalahkan perbuataku bulat tanpa ada pertimbangan dua2 belah pihak. How could you just shut the door on me. Tapi tak apa lah aku dah minta maaf atas kesilapanku. Ikutlah jika kau ingin memaafkan aku ataupun tidak. Itu hakmu. Selepas ini aku tidak akan mengganggu mu lagi. Cuma ingin ku ingatakan Allah sendiri boleh mengampunkan dosa hambanya apatah lagi kita yang hina. Aku mengharapkan kesalahanku dimaafkan.
 
 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Wednesday, 8 October 2014

Aku Seorang Pemimpin.

Assalamualaikum wbt...
Sejak akhir-akhir ini banyak perkara yang telah berlaku. Pelbagai kejutan yang aku terima. Menjadi seorang pemimpin bukan senang. Pelbagai rintangan yang harus aku atasi. Pelbagai onak dan duri yang harus ku tempuhi. Sejak namaku terpilih menjadi salah seorang calon ahli Majlis Tertinggi (MT)  namaku sering disebut. Rakan-rakanku sering membantu menaikkan namaku.
     Terpilih menjadi salah seorang calong memang mengejutkan aku. Tak mengharap pun nak pegang jawatan seperti ini. Pada awalnya hanya target nak jadi pengawas je. Tapi Allah memberikan lebih daripada yang aku harapkan. Perasaan yang tidak dapat nak diluahkan apabila mengetahui perkara tersebut. Tapi aku lupa setiap sasuatu yang Allah lakukan pasti ada ujian disebaliknya. 
     Apabila menjadi seorang calon MT aku sering terlupa akan amanah yang harus dipikul. Ada perasaan bangga diri walaupun cuba ku tepis, cuba aku nafi tapi sebenarnya perasaan itu ada. I take things for granted. Bak kata kawan aku amanah ni berat umpama sebelah kaki di syurga dan sebelah lagi di neraka. Apabila membuat refleksi diri baru aku sedar banyak kesilapan yang telah aku lakukan.
     Bila menjadi seorang pemimpin banyak yang harus kita fikirkan. Pelajaran semestinya harus sentiasa cemerlang. Antara rakan dan tanggungjawab harus bijak kita bezakan. Haruslah bijak kita membahagikan masa. Punctuality is one of the aspect that we should have. Sahsiah haruslah terpuji. Masalah disiplin haruslah dielakkan. Tetapi...
     Sebagai seorang pemimping aku gagal menunjukkan criteria yang dinyatakan. Gagal menjadi contoh kepada rakan yang lain. Dikejutkan lagi dengan berita tergempar kes yang melibatkan namaku. Astaghfirullahal azim... Sungguh jauh aku daripada amanah yang harus ku pikul. Bertapa malunya diriku bila dengar ada banyak negative feedback. pasal diriku. Mana pergi nama yang disebut2kan. Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.
     Alhamdulillah aku cepat disedarkan. Aku sedar akan tanggunjawabku. Aku sedar akan amanahku. Terima Kasih Kak Adda, Abg Sobir, Abg Yad My fellow calon MT Ieyol, Achad, Razin, Muhammad, Nadia, Atie, Sabrina, Fai n Iwani kerana telah menyedarkan diriku. Dalam masa yang berbaki ini akan ku cuba buktikan kebolehan diriku sebagai seorang pemimpin. Biarlah apa orang nak kata selepas ini. I will prove myself im worthy of being a leader. I know I am chosen for a reason so I wont backoff until the end. InsyaAllah.

 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Tuesday, 12 August 2014

FRSIS@FARIS

Assalamualaikum..
Hmm dah lama tak menulis. Bukan apa sibuk sangat sampai tak ada masa langsung untuk menulis. Ni sambil tengah free-free kat rumah dapat MC 4 hari bolehlah aku nk hasilkan nukilan disini. Hahahah...
Last week aku pergi ke SMS Tengku Muhammad Faris Petra dekat Kelantan untuk program FRSIS(Full Residential School International Symposium). Perjalan yang mengambil masa 12 jam sangat memenatkan. 12 jam dalam bus sakit woo... Hahahaha... Sampai sana pun dah masuk maghrib siap-siap then pergi dewan untuk ice-breaking session. Haaa di sini lah we get too meet 'Beautiful Girls' and 'Hansome boys' from all SBP in Malaysia. In the ice-breaking session i had a chance to get to know with the pretty girls and also meet my cousin Isha.
Malam tu aku sempat berkenalan dengan dormate kita orang Ariff and Harith from SEMSAS, Chom and Nazam from ISIS and Shafiq and Kimi from INTEJ. Mereka semua ni mudah mesra. Persahabatan yang dijalinkan disini sungguh erat. Macam dah kenal lama dah. Boleh bergurau, bercerita dan berkongsi pengalaman. Memang tak dapat dilupakan kenangan FRSIS disini.
SOUTHERZONEMATES: Hmmm aku kena conduct untuk persembahan malam kebudayaan untuk Cultural Night. Kita orang buat zapin + Silat. Hmmm not all the southern group team are present but for those who did, Thank you for your great co-operation. Our group performance was the best. Hope we can meet again in the future. For those in form 4 this year jumpa lagi next year in FRSIS. Also not forgetting to the girls group. Hahaha and also my crush in the same zone... OOppps.. hahahahah...
FRSIS this leave a great memories in my heart. Here I met new friends and 'special friends'. Thanks for my southernzonemates ---> MOZAC, SEMESRA, SAMURA, STF, SASEM, SISME, ISIS, SAKTI and others from southernzone.
 
 





 
 


 




 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Sunday, 25 May 2014

HKSBP41

Assalamualaikum...
Now I'm at HKSBP41 (Hari Kecermelangan Sekolah Berasrama Penuh ke 41). After a tiring 4 Debate matches, we finally get to rest. We have fought against RMC, SASER, MCKK, SAHUT... But we are not satisfactory enough with the last result because we clearly can win that debate but we lost. Its like unacceptable. But we actually made a couple of friends with the SASER, STJ and SEHEBAT. But the ability for us to reach the national level in this competition is good enough. Next year I will bring SISME debate team to the National final Insya-Allah. That will be my goal next year. At least i get an experience this year and can improve myself for next year debate. So standing hands in hand with me this year is Anis Adilla, Syahmi Aiman, Ammar Syahmi.
There are lots of good school competing in this debate. The well known one of course the premiere SBP school SDAR, STF, SAS and MCKK which undeniable is good but that doesnt mean that we cant be better than them. Lots of practise will help us alot in future debate. Hopefully I can find a solution to increase SBPI debate team name in the SBP....
 



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Thursday, 27 March 2014

Masalah Persahabatan..

Assalamualaikum...

"Kenapa dia buat-buat tak layan aku? Kenapa dia sekarang dah makin sombong? Dia dah tak nak kawan dengan aku ke? Dia ni macam kacang lupakan kulit, mentang-mentanglah ada kawan baru yang lama ditinggalkan.. Dia ni dah banyak berubah la dah tak macam dulu lagi. Dulu cakap lain sekarang cakap lain. Dulu-dulu rapat je ngan aku ajak aku masuk sekali tapi sekarng hampeh.." CUP!!!
Mungkin ayat ini akan keluar dari bibir anda saat anda merasakan sahabat anda semakin mejauh. Well janganlah hanya menunding jari kepada dia dan berkata dia salah. Cuba kita fikir balik kenapa dia menjauh. Buat refleksi diri. Adakah dia yang salah kerana mula menjauh atau kita yang bersalah? Buat refleksi diri apa yang kita lakukan yang mungkin menyebabkan dia tak selesa dengan kita. Not everyone perfect. Jangan sesekali merasakan diri kita betul dan tiada cacat celanya. Mungkin sikap kita yang membuatkan dia menjauh. Dia mungkin tak nak menegur kesilapan kita kerana 1) Untuk menjaga perasaan kita. 2)Mungkin kita tak boleh terima apa yang nak dikatakan. So langkah mudah menjauhkan diri sehingga membuatkan kita sedar dan bukannya menunding jari dan menyalahkan takdir. Semua orang tidak sempurna. Mungkin seseorang itu berubah untuk explore the reality. You cannot stick to one person all the time. There still others around you. Your life will slowly be boring if you keep seeing same person all day. Have a mixture. If you still want to be that persons friend go ahead theres no one stopping you. And never ever ever say "eee sombongnya dah sampai tak nak tegur aku"  kalau kita sendiri pun tak tegur dia. Dont expect someone have to worship you and greet you everytime they see you. WellI think I helped any of you who might have this problem...




 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Kesedihan..

Assalamualaikum...

Sob.. sob... sob... Hmmm that is the sign of sadness when u are writing right??? Kesedihan itu ialah ujian Allah yang paling indah kalau kita teliti. Kenapa Allah duga kita? Kenapa harus kita bersedih dan berduka? Tidakkah kita tahu Allah sedang merindui kita. Allah rindu dengan rintihan kita, rindu akan zikrullah dari bibir kita. Bukankah itu satu cara Allah ingin mendekatkan kita lagi dengannya. Wahai hamba Allah yang dalam kesedihan, bangkitlah, dekatkanlah diri kita dengan Maha Pencipta pasti masalah akan terungkai. Awan mendung berarak membawa hujan turun tetapi seleps hujan berhenti matahari menyinari alam dan terbentuklah pelangi yang indah membuat semua isi alam tersenyum. So bersabarlah wahai hati yang sedang bersedih




 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

HELLO!!!

Assalamualaikum...
Hellooo my dearest blog hahahha.... Dah lama tak update. Jari ni gatal nak menaip tak ligat berfikir dan macam-macam benda nak tulis. Huhuhuh where should I start. Hmmm... 2-3 weeks ago i participate in HKSBP debate competition. My school against 4 other SBP school which are SASER, SDAR, INTEJ, SSI. Alhamdulillah english debate team is qualified for national round somewhere in May. I did not expect I will be able to participate but Allah knows best he chose me. I made a new friends. Debaters and Bahas team are like family here. Let me introduce you the Bahas team Kak Adda, Kak Sappy, Alif and Razin. Debaters team Kak Anis, Kak Aiesya, me and Ammar. Not forgetting the jurulatih, Zaid, Kak Fas and Syazni.

Ok moving on... Many things happen while I was in SISME (Selandar Intergrated School Melaka). I met with the new form 4 second intake. Quite friendly though and all the second intake in my dorm is in my class hahaha... At first tak rapat sangat but after awhile boleh jadi satu kepala.. I was also able to get along with the form 5 in my dorm. They just wanted us to respect them and they will be ok with us. Pengalaman this SISME banyak mematangkan fikiran aku.

At first masa baru-baru memang kepenatan. Bangun 5:45 and need to shower and get ready. Time pack gila masa tu. Balik ada activity petang, lepas activity petang flat. Tido jelah. But after awhile I just get use to it. Actually best sebenarnya duduk asrama. Rasa rindu pulak bila balik ni ADOIIII hahahha.. All experience there taught me a lot of things. Taught me to be mature. Hahahaha respect others and also look up ahead apound all the competative.. hahahah I think thats all for now.. Just a summary of what i did. I didn't go in detail on each activity we did but at least we all can get some idea...




 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Saturday, 22 February 2014

Pengalaman....

Assalamualaikum w.b.t.
       Bersua kembali... Minggun ni kami dibenarkan pulang kerana minggu ni merupakan minggu balik wajib. Hmmmm macam-macam belaku dekat asrama. Ada yang pahit ada yang manis. Biasalahkan, kalau manis je bosan pulak kehidupan ni. Ujian itu perlu, Allah menurunkan ujian kepada hambanya kerana dia rindu akan doa, rintihan dan rayuan hambanya. Cuba kita bayangkan hidup ini manis sahaja ....Mungkin kita akan rasa sangat selesa, tapi adakah kita akan ingat pada pencipta kita? Adakah kita akan berdoa? Adakah kita akan merintih? TIDAK!...
      Balik pada cerita di asrama. Alhamdulillah result peperiksaan agak memuaskan, tak adalah teruk mana. Kehidupan asrama aku dah mula nak sesuaikan diri. Cuma 2 minggu pertama ni penat sikit nak kena kejar itu dan ini tambah lagi dengan minggu orientasi tak habis lagi. Latihan untuk bakat muda sampai tengah malam. Kerja sekolah pun boleh tahan jugak banyaknya. Haish menguji ketahanan mental betul hahahahah... Tapi tak apa ini mengajar aku untuk menjadi lebih kuat.
       Teringat pada peristiwa yang baru berlaku 2-3 hari lepas. Di mana form 4 semua dipanggil oleh KP untuk perjumpaan dengan form 5. Aku tak tahu cerita sangat sebab aku lambat sampai sebab berborak dengan Adib and the gang samai tak tahu pun ada perjumpaan sampai ada orang datang dan bagi tahu. Sampai-sampai je tengok form aku dah kena marah dengan form 5. Lepas tu tiba-tiba kawan aku kata nama aku kena mention dengan form 5. Cuak jugak. Aku tanya dia kenapa? Rupa-rupanya ada form 5 dalam dorm tak puas hati dengan aku sebab lupa nak angkat tilam haritu dan terguna bahasa kau dan aku dengan dia. Haishhh sabar jelah memang pasal tilam tu aku terlupa. Yang bab kau dan aku tu sebenarnya akutak perasan tapi lepas tu aku cepat-cepat tukar. Haish takpelah mungking lain kali aku kena berhati-hati dengan setiap bait perkataan aku. Reda je lah...
 
 
 
 
 
 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Saturday, 15 February 2014

Aku budak SBP...

Assalamualaikum....
       Bersua kembali di alam maya hahahah... Aku sudah pun berdater di SBT SBPI Selandar. Can also be known as SISME. Batch aku dipanggil NUESTRA EXCELLENCIA yang berasal dari perkataan Jerman yang membawa maksud Kejayaan milik kami. Alhamdulillah suudah 2 minggu aku berada di sana. Mula-mula memanglah susah sikit nak sesuaikan diri tapi dengan bantuan Yang Maha Esa dan rakan-rakan aku telah Berjaya menyesuaikan diri di sana.
         Aku ditempatkan  di dorm 2 PETRONAS bersama  senior form 5 dan 3 orang lagi form 4 baru. Nama-nama abang senior kat sini aku tak berapa nak ingat lg tapi nama kawan f4 seorm dengan aku ialah Megat, Hafizi dan Azim. Fuh masa mula-mula masuk tu memang berdebarlah jugak, ketu form aku je masa berjumpa dengan kita orang dah garang semacam. Last-last bila dah kenal perangai sama je taiko hahahahha..... Gelaran yang diberi kepada aku Ochie, yang berasal dari nama Ocher senior mereka yang lepas muka mirip ku. Aku pun tak kisah sangat. Banyak juga kawan baru yang aku kenal ataranya Ilal, Addin, Jad, Aiman Raziq, Chad, Don, Adib, Syafiq K, Fighter, Syahmi, Tyson, Juan, Adli, Ikmal, Ikhwaan, Najeeb, Nabil, Azrai, Presto, Yale, Arif fahmi, Akmal, Wan, Akmal dan ramai lagi.
         Form 5 kat sini pun ok. Asalkan korang jangan cari pasal dengan diaorang lah. Dan juga hormat diaorang. Ketua Pelajar aku ialah Abg Sobir, berpendirian tegas. Ketua Asrama Abg Yad, tak berapa nak kenal dia lagi. Ketua Form 5 Abg Ikma, Boleh gelak2 dengan dia. Ketua Badar, Abg Syuk otak gila2 tapi banyak ilmu agama. Ketua Dorm aku abg Syaza. Hmmm macam-macam ujian dan dugaan aku lalui di sana. Tapi aku tahu setiap ujian pasti ada hikmah. So just believe in yourself and think positive. I think that's all... Kalu ada apa2 lagi yg boleh di share nanti aku share  lagi. Bersua lg dilain hari. Wassalam.....
 
 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Wednesday, 29 January 2014

Mimpi Lagi...

Assalamualaikum...
     Haish blog aku ni dah jadi macam blog mimpi pulak... Hahahah jangan salah paham pulak aku tulis ni pun sebab nak share aku jarang ingat apa yang aku mimpi ni...
     Hmmm masa tu kalau tak silap aku aku kat rumah atuk aku... Rashed masa tu nak makan. Masa aku nampak dia aku terus peluk and sium dia rindu sangat dekat dia. We hug as if we dont want to let go. Hahahaha mungkin aku rindu sangat dengan Rashed. Rindu serindu-rindunya. Haish bila lah aku dapat jumpa dia lagi.. Geram sangat.. Hahahaahah Nanti masuk asrama dah jarang boleh jumpa dia. Hope he doesnt forget me huhuhuu....



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Mimpi (AGAIN)

Assalamualaikum...
      Mimpi lagi... Mimpi bertemu seorangbudak kecik tapi nasib baik yang ni den kenal hahahah... That boy is Rashed. My sweet little brother. The situation is at Kampung area rumah papan. I was holding his hand and he was walking with me outside the house and suddenly he want to let go off my hand. And then he started wondering around and blabbering. It is like he is talking something. I can't really remember what is it. But my aunty Anita was also there and she also amazed about it. Is this another sign? or Its just a simple normal dream? Hmm but this happen in the morning before subuh. Hmmmm..... I wonder what it is?
 
 
 
 
 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png
 
 
 
 

Monday, 20 January 2014

Mimpi...

Assalamualaikum...
     Aku nak ceritakan apa yang telah berlaku petang tadi. Hmmmm biasalah sejak mula sekolah ni asik kepenatan je.. belum syncronise lagi dengan situasi persekolahan.. heheheh
     So masa aku tidur aku termimpi satu benda yang aku ingat sampai sekarang. Mimpi berjumpa dengan seorang budak lelaki. Budak kecik ni nakal. Dengan aku mula-mula dia tak nak. Tapi dalam mimpi tu aku kena jaga dia. Aku mula-mula geram jugak budak tak nak dengar cakap. Lepas tu aku biarkan je dia sorang dan aku bercakap dengan seseorang. Tiba-tiba budak tadi jatuh dalam kolam aku pun cepat-cepat selamatkan dia. Aku marah dia. Tapi marah-marah pun aku bersihkan budak tu, mandi kan dia. Lepas tu aku tak ingat apa berlaku kat budak tu. Tiba-tiba aku terjumpa dengan seseorang lagi. Dia... Aku berjumpa dengan dia dalam mimpiku. Tapi mengapa? Dulu ketika aku ingin bertemunya di dalam mimpiku susah sekali. Tapi sekarang dia muncul. Dalam mimpi tu aku terlihat ada seseorang menanyakan dia tentang hubungan kami. Aku tengok dia kalut nak jawab. Aku pun tolong jawabkan. Aku ingat-ingat lupa apa yang aku katakan. Tapi kenapa aku berkata seperti itu? Hmm... sedang aku berbual-bual dengan si dia. Budak lelaki yang aku jaga tu tiba-tiba datang peluk kaki aku. Dia kelihatan manja dan rapat denganku.
      Hmmmm apakah maksud mimpi ini? Adakah ia hanya mainan tidur? Entahlah tapi aku tak tahu kenapa aku boleh ingat mimpi ni. Sealunya aku lupa yang aku mimpikan. Hmmm Aku harap aku dapat jawapan dia jika didalam mimpi ini ada mesej yang ingin disampaikan.



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Monday, 13 January 2014

Perubahan

Assalamualaikum...
      Hmmmm perubahan...Well I dont really want to but that is what I have to do. Bukan senang nak mengubah diri ini kepada diri yang lain. Susah... But kenalah jugak. Aku tak tahulah sama ada perubahan aku ni baik atau buruk. Bagi aku apa yang aku buat ni adalah terbaik sekali buat aku. Mungkin ada yang mengatakan aku berubah kepada sesuatu yang buruk dan baik. Entahlah... Hanya    1-2 orang je yang tahu mengapa. Kalau ada yang menganggap aku sombong. Well aku tak boleh nak cakap apa. Mungkin aku sombong, tapi sombong aku bersebab. Aku tahu aku akan kalah dengan perubahan ini tapi aku akan tetap mengharunginya selagi aku mampu. 
       Tanpa abangku selama dua minggu perghh amat membosankan. There is no one aku nak ceritakan masalah aku ni. Takpelah pendam jelah... Tapi bila dia balik aku tak jadi pulak nak cerita masalah aku. Biarlah ia menjadi rahsia dalam diri ini. Buat apa aku nak bebankan dia dengar masalah aku yang remeh ni. Well aku harap sangat surat tawaran ke Sekolah Berasrama penuh/ MRSM / Kolej Yayasan Saad. Aku taku aku tak boleh bertahan. Mudah-mudahan bila aku keluar nanti lama-lama masalah aku juga akan diusir bersama. 
      Haishhh aku harap apa yang aku buat kali ini adalah benda yang betul. Mungkin akan terbongkar satu hari nanti tapi biarlah masa menentukan segalanya apa yang aku rasa di hati ini. 


 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Orientasi...

Assalamualaikum,
     Hmmm masa orientasi haritu aku and the shenget's plan birthday for my brother Shahrul. Hmmm dia dapat interview untuk ke Royal Millitary College. Hahahah untunglah.. tapi sedeyh kerana aku ditinggalkan selama dua minggu. huhuhuhuhuh....
      Aku menyuruh makcik Nisa membuat kek. So kami sambutlah sama-sama. All was great. We all happy. But I know there is something not right. But I will just keep it to myself. Maybe Im the only one feeling it. Well never mind I know what I should do now. I just have to be strong, be positive and look on the bright side. SMILE!!!!
     


 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Travelog Umrah (Mekah)

Assalamualaikum,
Day 9,
     Harini hari jumaat. Program untuk harini adalah bebas. Ustadz mencadangkan kami pergi Masjid awal kerana pada hari jumaat Masjidil Haram akan dilimpahi dengan semua umat Islam tak kira lelaki ataupun wanita. So pagi tu ada sikit taklimat dan selepas itu kami bebas dengan aktiviti masing-masing seperti bershopping dan sebagainya.
      Oh ya sebelum pergi solat jumaat kami dihidangkan dengan nasi mandhi. Fuh sedappp dengan kepala-kepala kambing ada. Firstime aku rasa lidah n otak kambing. Berlemak ... Tapi boleh ar makan sikit-sikit.
     Memang betul solat jumaat penuh orang. Tak kira lelaki dan perempuan. Tapi khutubah dalam bahasa Arab. Ni yang buat aku nak sangat belajar bahasa Arab. Hmmm Insya-Allah aku nak pergi kelas Arab waktu cuti sekolah nanti. Selepas itu, aku berpeluang untuk mengusung jenazah. Kat sini orang berebut-rebut nak usung jenazah. Walaupun jenazah itu tidak dikenali. Beruntungnya jenazah tersebut. Kalaulah aku juga dapat mengakhiri riwayatku di tanah suci dan jenazah ku diuruskan disana, disembahyangkan di Masjidil Haram... 
     Malam tu amat menyedihkan kerana merupakan malam terakhir. Tapi malam tu ustadz ada sampaikan berita gembira pada aku. Insyaa-Allah ustad saya akan cuba mudah-mudahan saya dapat melakukannya.


Day 10,
     Harini sedih sekali. Kami akan berangkat pulang. Pagi ni dalam pukul 1 beg dah kena turun bawah. Air zam-zam kami telah settlekan pada malamnya. Sedih sangat bila kami harus melakukan tawaf wada' selepas solat subuh. Sayu je rasa hati. Ya Allah sampaikanlah lagi aku disini Ya Allah....
Selepas itu kami balik ke hotel untuk berkumpul. Sekarang ni dah tak boleh nak ahopping and ambik gambar lagi. Hanya boleh beli keperluan untuk perjalanan saja seperti makanan.
     Fuhh.... dugaan... Dengan drivernya buat hal. Lepas tu dengan cerita kami punya makan tenghari di songlap oleh taxi driver. Tak da rezeki. Lepas tu kat imigresen pak Arab tu buat hal pulak dia melambatkan kerja kita orang. Dah lama kami tunggu. Aduhhh... Sabar jelah... Nak dekat 2 jam baru semuanya selesai.
      Naik je kapal terbang hati sayu. Hmmmm bila lagilah aku dapat sampai ke sini. Tapi Alhamdulillah atleast aku berpeluang menjadi tetamunya.


      


 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Travelog umrah (Mekah)

Assalamualaikum...
        Hai... hahahah dah lama dah aku tak update blog ni. Sebelum aku cerita panjang biar aku sambung travelog umrahku....

Day 8,
        Haaaa harini kami semua akan ke tempat Miqat yang terakhir iaitu di Hudaibiyah. So harini aku pun turut sama memakai ihram kerana ingin bersama-sama mengerjakan umrah. So biasalah pakai ihram ni aku tak berapa selesa sangat tapi bila difikirkan nabi pun boleh pakai tak kanlah aku ni tak boleh. 
      So kami pum bertolaklah ke Hudaibiyah. Sebelum sampai di Hudaibiyah kami berhenti di ladang unta. Haaa kat sini je boleh dapat susu unta fresh tau. Fresh from the kantung lagi. hahahahah... Well mesti ramai rasa macam euww... nak muntah lah apa lah... Haaa ingat ye kat sini jangan sesekali buat macam tu nanti Allah bayar cash betul-betul muntah baru tahu. Sebenarnya susu unta ni sedap. Tak bau pun macam susu kambing rasa lebih kurang macam soya. Sedap.. Banyak hasiatnya. Tapi tak boleh nak bawak balik sebab cepat basi.
     Then kami semua naik bas dan terus ke Masjid Hudaibiyah untuk solat sunat ihram dan bermiqat disana. Haaa di sinilah di mana perjanjian Hudaibiyah dilakukan. Perjanjian Hudaibiyah dilakukan di bawah sepohon pokok tetapi telah ditebang oleh Saidina Abu Bakar untuk mengelakkan amalan khurafat. Lepas sembahyang macam biasalah aku dengan pegang bendera mencari orang... Macam ketua travel ni pulak.
     Dalam bas tiba-tiba ustadz suruh aku mengetuai bacaan talbiah. Terkezut jugak. mula-mula tu tak nak tapi bila ustadz cakap " Banyak pahala dapat" terbukak hati aku untuk melakukannya. Mula-mula berdebar jugak tapi lama-lama okey. Alhamdulillah. Tak sangka aku boleh buat.
   Sampai je di Masjidil Haram seperti biasa umrah dilakukan secara sendiri-sendiri. 
      Malam tu kami pergi bershopping di mana entah tapi bayangkan 11 orang termasuk driver naik kereta 7 seater. bukan kecik semua dah dewasa bayangkan. FUH... penat siiiihhh...
And thats about it for today...



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Wednesday, 1 January 2014

Travelog Umrah (Mekah)

Day 7,
Assalmualaikum,
        Seperti yang dijanjikan kami akan berangkat ke Janarah pagi ni. Sesiapa yang ingin bermiqat di persilakan dan dicadangkan untuk siap-siap memakai hram bagi yang lelaki. Tapi hanya ayah aku dalam keluargaku yang ingin mengerjakan umrah. Aku taknak  sebab kaki dah naik lenguh heheheheh. So aku pun hanya berpakaian biasa. Harini kami akan pergi ke  beberapa destinasi. Antaranya ialah Jabal Rahmah, dan kami akan berhenti berdekatan dengan Jabalnur dan Jabalsur.
       Dalam bas ustad Habib menanyakan siapa yang ingin memegang bendera Al-Muttaqin Travel. Heheheh ustad tanya sapa nak jadi Saidina Khalid Al-Walid. Hahahhaha... Aku pun menawarkanlah diri. Kami pun sampailah di Jabal Sur di mana terleaknya gua sur. Fuh best betul pegang panji ni. Ramai orang nak bergambar dengan den. Jadi Glamour pulak. So dekat situlah aku mula rapat dengan ustad Habib.
        Selepas itu kami pun sampai di Jabal Rahmah tempat yang ditunggukan oleh para pria hahahah.. Nak tahu kenapa di sini katanya orang selalu berdoa untuk mendapatkan jodoh. Kerana di sinilah Nabi Adam AS dan Hawa RA dipertemukan setelah lama terpisah. Hmmm bak kata ustad para-para lelaki siapkan skrip awal2 hahahah.. Macam-macam nak mintak ada tu nak tambah lagi satu hahahahha..
        Lama jugak di Jabal Rahmah maklumlah ramai yang nak mendaki sehingga ke puncak bukit. Nasib baik sekarang dah ada tangga. Then we move on and pergi berhenti seketika di Jabal Nur dekat bawah je untuk ambik gambar sebab masa tak cukup. Jabal Nur nilah terletaknya gua Hiraq di mana Rasulullah SAW menerima wahyu yang pertama. Selepas tu kami melalui kawasan Arafah dan Mina. Just tengok tempat. Lepas tu kami semua ke Janarah untuk berniat ihram bagi sesiapa yang ingin mengerjakan umrah. And thats it for today...

       



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Travelog Umrah (Mekah)

Day 6,
Assalamualaikum...
        Hari ini dah masuk hari ke6... Harini sepatutnya kami akan bergerak seawal 7:30pg untuk ke Janarah untuk bermiqat disana. Tapi nak dekat pukul 9 ada satu basa sampai tapi group no 2 pegi dulu yang di ketuai oleh ustad Paridin. So kami geng no1 ustad Habib terpaksalah tunggu. Tunggu punya tunggu last-last dapat tahu jalan sesak bas tak dapat nak sampai. Ada diantara kami yang sudah berihram. So pagi ustad Habib buatlah tazkirah yang sepatutnya untuk slot esok tapi tak apalah pasti ada hikmahnya. Ustad memberitahu yang group kita orang akan ke Janarah esok. So ustad pun berceritalah sedikit tentang persedian kita ke sana... Ke mana??? Kehidupan selepas mati. Dimana terputus semua pertalian daripadanya kecuali 3 perkara. Sedekah Jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak-anak yang soleh. Dan perkara yang paling hampir dengan kita ialah mati dan yang paling jauh ialah masa silam. Tulah serba sedikit.
       Haaa mengikut kata putus ramai yang hendak mengerjakan umrah. So ustad mengambil keputusan bagi sesiapa yang nak mengerjakan umrah ustad juga akan turut serta dan kami akan sewa van ke tanaim untuk bermiqat disana. So kami pun bersiap-siaplah dengan ihram untuk bermiqat di sana. Hmmm baru aku tahu di tanaim ni sebenarnya tempat yang dilaksanakan hukum hudud secara terbuka.
        So seperti biasalah sampai di tanaim kami semua menunaikan solat sunat ihram dan berniat ihram disana. Dalam van kami bertalbiah beramai-ramai. Sampai sahaja di Masjidil Haram kami menunaikan solat zuhur dulu memandangkan waktu zuhur telah masuk. Selepas itu kami semua menunaikan umrah. Alhamdulillah dapat juga kami menyempurnakan ibadah umrah kami lagi sekali.



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png