Assalamualaikum,
Day 9,
Harini hari jumaat. Program untuk harini adalah bebas. Ustadz mencadangkan kami pergi Masjid awal kerana pada hari jumaat Masjidil Haram akan dilimpahi dengan semua umat Islam tak kira lelaki ataupun wanita. So pagi tu ada sikit taklimat dan selepas itu kami bebas dengan aktiviti masing-masing seperti bershopping dan sebagainya.
Oh ya sebelum pergi solat jumaat kami dihidangkan dengan nasi mandhi. Fuh sedappp dengan kepala-kepala kambing ada. Firstime aku rasa lidah n otak kambing. Berlemak ... Tapi boleh ar makan sikit-sikit.
Memang betul solat jumaat penuh orang. Tak kira lelaki dan perempuan. Tapi khutubah dalam bahasa Arab. Ni yang buat aku nak sangat belajar bahasa Arab. Hmmm Insya-Allah aku nak pergi kelas Arab waktu cuti sekolah nanti. Selepas itu, aku berpeluang untuk mengusung jenazah. Kat sini orang berebut-rebut nak usung jenazah. Walaupun jenazah itu tidak dikenali. Beruntungnya jenazah tersebut. Kalaulah aku juga dapat mengakhiri riwayatku di tanah suci dan jenazah ku diuruskan disana, disembahyangkan di Masjidil Haram...
Malam tu amat menyedihkan kerana merupakan malam terakhir. Tapi malam tu ustadz ada sampaikan berita gembira pada aku. Insyaa-Allah ustad saya akan cuba mudah-mudahan saya dapat melakukannya.
Day 10,
Harini sedih sekali. Kami akan berangkat pulang. Pagi ni dalam pukul 1 beg dah kena turun bawah. Air zam-zam kami telah settlekan pada malamnya. Sedih sangat bila kami harus melakukan tawaf wada' selepas solat subuh. Sayu je rasa hati. Ya Allah sampaikanlah lagi aku disini Ya Allah....
Selepas itu kami balik ke hotel untuk berkumpul. Sekarang ni dah tak boleh nak ahopping and ambik gambar lagi. Hanya boleh beli keperluan untuk perjalanan saja seperti makanan.
Fuhh.... dugaan... Dengan drivernya buat hal. Lepas tu dengan cerita kami punya makan tenghari di songlap oleh taxi driver. Tak da rezeki. Lepas tu kat imigresen pak Arab tu buat hal pulak dia melambatkan kerja kita orang. Dah lama kami tunggu. Aduhhh... Sabar jelah... Nak dekat 2 jam baru semuanya selesai.
Naik je kapal terbang hati sayu. Hmmmm bila lagilah aku dapat sampai ke sini. Tapi Alhamdulillah atleast aku berpeluang menjadi tetamunya.
No comments:
Post a Comment