Day 6,
Assalamualaikum...
Hari ini dah masuk hari ke6... Harini sepatutnya kami akan bergerak seawal 7:30pg untuk ke Janarah untuk bermiqat disana. Tapi nak dekat pukul 9 ada satu basa sampai tapi group no 2 pegi dulu yang di ketuai oleh ustad Paridin. So kami geng no1 ustad Habib terpaksalah tunggu. Tunggu punya tunggu last-last dapat tahu jalan sesak bas tak dapat nak sampai. Ada diantara kami yang sudah berihram. So pagi ustad Habib buatlah tazkirah yang sepatutnya untuk slot esok tapi tak apalah pasti ada hikmahnya. Ustad memberitahu yang group kita orang akan ke Janarah esok. So ustad pun berceritalah sedikit tentang persedian kita ke sana... Ke mana??? Kehidupan selepas mati. Dimana terputus semua pertalian daripadanya kecuali 3 perkara. Sedekah Jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak-anak yang soleh. Dan perkara yang paling hampir dengan kita ialah mati dan yang paling jauh ialah masa silam. Tulah serba sedikit.
Haaa mengikut kata putus ramai yang hendak mengerjakan umrah. So ustad mengambil keputusan bagi sesiapa yang nak mengerjakan umrah ustad juga akan turut serta dan kami akan sewa van ke tanaim untuk bermiqat disana. So kami pun bersiap-siaplah dengan ihram untuk bermiqat di sana. Hmmm baru aku tahu di tanaim ni sebenarnya tempat yang dilaksanakan hukum hudud secara terbuka.
So seperti biasalah sampai di tanaim kami semua menunaikan solat sunat ihram dan berniat ihram disana. Dalam van kami bertalbiah beramai-ramai. Sampai sahaja di Masjidil Haram kami menunaikan solat zuhur dulu memandangkan waktu zuhur telah masuk. Selepas itu kami semua menunaikan umrah. Alhamdulillah dapat juga kami menyempurnakan ibadah umrah kami lagi sekali.
No comments:
Post a Comment