Pages

Wednesday, 1 January 2014

Travelog Umrah (Mekah)

Day 7,
Assalmualaikum,
        Seperti yang dijanjikan kami akan berangkat ke Janarah pagi ni. Sesiapa yang ingin bermiqat di persilakan dan dicadangkan untuk siap-siap memakai hram bagi yang lelaki. Tapi hanya ayah aku dalam keluargaku yang ingin mengerjakan umrah. Aku taknak  sebab kaki dah naik lenguh heheheheh. So aku pun hanya berpakaian biasa. Harini kami akan pergi ke  beberapa destinasi. Antaranya ialah Jabal Rahmah, dan kami akan berhenti berdekatan dengan Jabalnur dan Jabalsur.
       Dalam bas ustad Habib menanyakan siapa yang ingin memegang bendera Al-Muttaqin Travel. Heheheh ustad tanya sapa nak jadi Saidina Khalid Al-Walid. Hahahhaha... Aku pun menawarkanlah diri. Kami pun sampailah di Jabal Sur di mana terleaknya gua sur. Fuh best betul pegang panji ni. Ramai orang nak bergambar dengan den. Jadi Glamour pulak. So dekat situlah aku mula rapat dengan ustad Habib.
        Selepas itu kami pun sampai di Jabal Rahmah tempat yang ditunggukan oleh para pria hahahah.. Nak tahu kenapa di sini katanya orang selalu berdoa untuk mendapatkan jodoh. Kerana di sinilah Nabi Adam AS dan Hawa RA dipertemukan setelah lama terpisah. Hmmm bak kata ustad para-para lelaki siapkan skrip awal2 hahahah.. Macam-macam nak mintak ada tu nak tambah lagi satu hahahahha..
        Lama jugak di Jabal Rahmah maklumlah ramai yang nak mendaki sehingga ke puncak bukit. Nasib baik sekarang dah ada tangga. Then we move on and pergi berhenti seketika di Jabal Nur dekat bawah je untuk ambik gambar sebab masa tak cukup. Jabal Nur nilah terletaknya gua Hiraq di mana Rasulullah SAW menerima wahyu yang pertama. Selepas tu kami melalui kawasan Arafah dan Mina. Just tengok tempat. Lepas tu kami semua ke Janarah untuk berniat ihram bagi sesiapa yang ingin mengerjakan umrah. And thats it for today...

       



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

No comments:

Post a Comment