Pages

Monday, 13 January 2014

Travelog umrah (Mekah)

Assalamualaikum...
        Hai... hahahah dah lama dah aku tak update blog ni. Sebelum aku cerita panjang biar aku sambung travelog umrahku....

Day 8,
        Haaaa harini kami semua akan ke tempat Miqat yang terakhir iaitu di Hudaibiyah. So harini aku pun turut sama memakai ihram kerana ingin bersama-sama mengerjakan umrah. So biasalah pakai ihram ni aku tak berapa selesa sangat tapi bila difikirkan nabi pun boleh pakai tak kanlah aku ni tak boleh. 
      So kami pum bertolaklah ke Hudaibiyah. Sebelum sampai di Hudaibiyah kami berhenti di ladang unta. Haaa kat sini je boleh dapat susu unta fresh tau. Fresh from the kantung lagi. hahahahah... Well mesti ramai rasa macam euww... nak muntah lah apa lah... Haaa ingat ye kat sini jangan sesekali buat macam tu nanti Allah bayar cash betul-betul muntah baru tahu. Sebenarnya susu unta ni sedap. Tak bau pun macam susu kambing rasa lebih kurang macam soya. Sedap.. Banyak hasiatnya. Tapi tak boleh nak bawak balik sebab cepat basi.
     Then kami semua naik bas dan terus ke Masjid Hudaibiyah untuk solat sunat ihram dan bermiqat disana. Haaa di sinilah di mana perjanjian Hudaibiyah dilakukan. Perjanjian Hudaibiyah dilakukan di bawah sepohon pokok tetapi telah ditebang oleh Saidina Abu Bakar untuk mengelakkan amalan khurafat. Lepas sembahyang macam biasalah aku dengan pegang bendera mencari orang... Macam ketua travel ni pulak.
     Dalam bas tiba-tiba ustadz suruh aku mengetuai bacaan talbiah. Terkezut jugak. mula-mula tu tak nak tapi bila ustadz cakap " Banyak pahala dapat" terbukak hati aku untuk melakukannya. Mula-mula berdebar jugak tapi lama-lama okey. Alhamdulillah. Tak sangka aku boleh buat.
   Sampai je di Masjidil Haram seperti biasa umrah dilakukan secara sendiri-sendiri. 
      Malam tu kami pergi bershopping di mana entah tapi bayangkan 11 orang termasuk driver naik kereta 7 seater. bukan kecik semua dah dewasa bayangkan. FUH... penat siiiihhh...
And thats about it for today...



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

No comments:

Post a Comment