Pages

Saturday, 28 November 2015

Move On...

Assalamualaikum...


Pejam-celik pejam-celik akhirnya dah sampai ke penghujung zamaan persekolahan. Banyak Benda yang telah aku pelajari dari cara hidup berdikari sehinggalah kepada pengorbanan diri. Kenangan pahit manis menjadi asam garam dalam kehidupan. Isnin ni budak-budak yang ambil bio akan menamatkan peperiksaan SPM. Tinggallah aku bersama 28 lagi orang sahabat disekolah sehingga 8/12. Dah akhir-akhir ni macam-macam yang aku rasakan. Gembira, tak sabar-sabar nak balik tapi... Sedih pun ada. Orang kata ujian itu selalu datang pada saat dan ketika yang kita tidak jangkakan. Tetapi hidup mesti diteruskan. Aku selalu cakap dekat orang lain keep a smile on your face and be happy. Tapi kata-kata itu lebih mudah ditutur di mula daripada dilakukan. Kadang-kadang aku duduk termenung memikirkan apa kesilapan yang aku telah lakukan.


       "Kawan Baik/Kawan Rapat" Hmmm aku sungguh takut dengan istilah tu. Setiap kali aku menjadikan seseorang tu teman baik ku maka orang itu secara perlahan akan menjauh daripadaku. Kadang-kadang aku terfikir mungkin firasat aku je kut. Tapi setiapp individu yang aku menjadi rapat dengan mereka yang aku gelar sahabat akan pergi jauh meninggalkan aku. Teruk sangatkah diri ini? Tidak layakkah aku mempunyai sahabat baik? Mungkin cukuplah lepas ini aku hanya berkawan dengan semua orang sama sahaja. Kawan biasa... Setiap kali pertemuan ada kegembiraan tetapi dihujungnya aku akhirnya aku duduk menangisi mencari kesilapan diri. Sakitnya hanya aku sahaja yang ketahui. Aku tak sanggup lagi. Sakitnya di dalam.

       Janganlah lagi mengharap kepada sesiapa. Berharap kepada yang satu. Berdikarilah. Percayalah kepada diri. Pergilah derita, pergilah duka. Carilah kembali sinar kebahagiaan. Bangkitlah. Jangan tangisi perkara yang sudah berlaku. Keep moving foward. Keep a smile on your face. Hide the sorrow in your laugh. Be brave. You Are Not Alone.... 



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Sunday, 22 November 2015

Pertemuan dan Perpisahan

Setiap pertemuan pasti ada hikmahnya. Jangan dipersoalkan kenapa kita dipertemukan. Jangan mempersoalkan mengapa sekarang kita dipertemukan. Setiap pertemuan ada sebabnya tersendiri. Boleh jadi engkau tidak suka akan pertemuan itu tetapi ia amat baik untuk mu. Boleh jadi kau amat suka pertemuan itu tetapi ia tidak baik untuk mu. Aku terfikir pertemuan aku dengan dirinya ada banyak hikmah. Sungguh aku bersyukur dengan pertemuan ini. Dia hadir membawa kembali nur dalam hidupku. Jiwaku yang kosong mulai diisi. Hatiku yang gundah mulai tenang. Dia membimbingku mengenali kembali yang mencipta diri ini. Sugguh aku bersyukur. 
        Di setiap pertemuan yang baik pasti ada saja yang mencemburui. Musuh utama manusia yang sering inginkan kita bergelumang dengan dosa. Hatiku terasa semakin jauh dengan dirinya. Aku takut kehilangan dia. Hatiku sakit tidak terhingga, menahan siksaan hati yang sakit dek kerana bisikan yang durjana. Setiap yang dibicarakan pasti akan membuatku berfikir negatif. Aku cuba untuk melawan. Tapi aku cuma manusia biasa. "Dia tidak menjauh darimu, tetapi hatimu berasa dia menjauh kerana syaitan ingin kamu berpisah dengannya," Kata-kata dari seorang sahabat menyedarkanku.
        "Kalau kau berbuat sedemikian kita putus persahabatan," Aku tersentak dek kata-kata yang terucap dibibirmu. Ya Rab apakah ini dugaan ? Adakah ini pengakhiran? Adakah dia memang ingin menjauh daripadaku? Aku terkedu. Tangisan air mata mengalir. Dia aku anggap sebagai seorang abang. Adakah dia benci padaku menyebabkan dia berkata seperti itu? Aku keliru. 
       Alhamdulillah, perkara itu sudah berlalu. Dia masih setia disisi menggamit tanganku menuju mencari nur ilahi. Aku tahu sampai masa nanti perpisahan itu akan menanti. Aku harus bersedia. Kerna telah tertulis setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Perpisahan tidak bermaksud kita saling melupakan. Mungkin kita hanya jarang bertemu. Saat-saat akhir ini akanku guna dengan sebaiknya. Insyaallah....


 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Friday, 6 November 2015

Nazierul Basysyar

Bismillahirrahmannirrahim.
    
     Wahai sahabatku. Kau sungguh istimewa bagiku. Kau telah banyak membantuku. Kita mula kenal daripada aku form 4. Kenal nama sajelah. Akhirnya kita ditemukan ketika kita menjadi pengawas dan calon Majlis tertinggi pada tahun 2014. Kita diletakkan di satu dorm. Kita mula bercakap dan berkanal-kenal tapi cuma biasa-biasa sahaja.
  
     Aku ingin berterima kasih kepadamu sahabat. Kau telah menjadi inspirasi untuk aku berubah. Biarpun banyak cerita aku dengar pasal dirimu yang dulu. Tapi dirimu yang sekarang yang aku kisahkan. Kau seorang yang bijak. Sangat bijak. Aku kagum dengan ilmu yang kau peroleh. Aku jealous dengan kemerduan suaramu ketika mengaji. Sungguh kau merupakan seseorang yang dihantar yang mampu mengubah diriku kejalan yang benar. Hidayah itu datangnya daripada Allah tetapi engkau adalah asbabnya. Terima kasih kerana sudi mendengar masalah aku. Terima kasih kerana menggapai tanganku ke landasan yang benar ketika aku masih menggapai-gapai mencari benda untuk dipaut. Terima kasih kerana jadi tempat aku bersandar.

     Engkaulah teman tidurku, engkaulah bantal pelukku, engkaulah pembimbingku. Terima kasih sahabat. Susah ingin ku cari sahabat sepertimu. Banyak yang ingin aku kongsikan bersamamu tapi masa menjadi penghalan. Dan ad beberapa faktor lagi yang menjadi penghalang. Tidak mengapalah mungkin satu hari nanti aku dapat kongsi denganmu. Jujur aku katakan aku jealous melihat kamu dengan orang lain. Maksud aku , aku hanya ingin menjadi sahabat baikmu sorang. Aku takut kehilanganmu sebagai sahabat. Mungkin kau menganggap diriku pelik tapi itu kenyataan.

     Maaf seandainya aku pernah melukakanmu. Maaf jika perbuatan aku ada yang membuat kau tidak selesa. Maaf jika ada perbuatanku yang tak senang di matamu. Jangan lupakanku. Sorry if i make you feel awkward. Lets cherish the memory together. Thanks for everything. Dont ever forget me. Do keep in touch. Thanks once again. STRAIGHT A+ SPM together. I will miss my bantal peluk nanti hehehhe..


Me and Basysyar

dorm mates

Me and Basysyar

Arshad, Basysyar and Hairi

 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

DORM 17 (PREFECTS)

Bismillahirrahmanirrahim...

        Dorm 17. Setahun menjadi ahli dorm ini banyak benda yang telah berlaku. 1st day lagi dah ada orang keluar pindah dorm. Quite sad but we have to accept it. It all started quite OK at first but slowly the problem started to pop out. There were no one to be blame. We all human, we all have our own opinion. But Alhamdulillah, slowly the problems were solved. There were rebellious people in here. To be honest I am one of them. 
      Let me introduce you to my dorm mates. First of all Hairi Padzil our Ketua Dorm. Very interesting guy. Always sleep with his molly (tuala bucuk) hahahha. Next is Akmal Hisham our Prefect Head Boy. You have to know him to get close to him, if not you cant. Next is Israf Rifqi our Diva. He is a cute little plump. Then we have Danial Aniq aka Wak our TELEKOM captain. Stylish and charming guy and sometime he is very cute. Next we have Muhammad Amran Our Exco Academic. Kpop boy, like to be a kpoper and a very bright boy. Next we have Ahmad Razin our School Head Boy. Interesting person and he is our school Bahas team leader. Next we have Arshad Nordin our Hostel Head Boy. A charming little boy and very interesting person if you know him. Next we have Hafizi our secretary. A small little boy who is very hardworking. Next we have Faiz Luqman aka fighter our Exco Discipline. Our dorm engineer, the one who fix everything in our dorm. Next we have Ammar Izudin aka tokek or MEODENAS captain. Very open minded, usually sleep in dorm 7. Next we have Adli our PROTON captain. You have to know him first, very cheerful guy indeed. Last but not least Nazierul Basysyar our PETRONAS captain. Well I tell you about him later.

        Thanks to all my dorm mates for the sweet memory we had together. Even though we never get a chance to gather all of us in our dorm but we indeed share some memories together. Thanks for being my friend. Thanks for accepting for who I am. Please dont forget the times we had together. All the very best to our future lets strive together in SPM 2015. SRAIGHT A+. Hope to see you guys again in the future. Maafkan aku seadainya pernah mengguriskan anda semua. Salam persahabtan daripadaku.







 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png