Pages

Friday, 24 July 2015

Masa berlalu mengajarku

Masa...
Andai saja masa bisa diputarkan. Banyak yang ingin aku ubah. Lambat untukku sedari bertapa pentingnya sesuatu itu. Masa mengajar aku erti kesabaran, erti kepercayaan erti pengorbanan. Apa yang kita lakukan sekarang harus kita ingat akan effectnya di masa hadapan salah pertimbangan sesat jalan. Salah pertimbanganku meredahi masa melupakan segalanya. Tetapi masa memburuku bersama kenangan silam. Kehidupan tidak selalunya apa yangnkita impikan. Ada masa kita di atas ada masa kita jatuh tersungkur di gelandangan. Menyesalnya aku akan keputusanku. Peristiwa itu masih terngiang di fikiranku. Andai saja waras fikiranku. Andai saja hilang egoku. Andai saja masa berhentu memberiku ruang untuk menilai. Mungkin kebahagiaan menanti. Apa yang kita lakukan detik ini penentu masa hadapan. Setiap langkah membawa makna tersendiri, setiap perkataan ada tersiratnya, setiap perbuatan ada balasannya. Jangan cuba meredahi masa melupakan perkara silam kerana kita akan dikejar masa dengan bayangan silam. Namun sedaya upaya aku lakukan untuk melupakannya. Aku fikir aku sudah bebas. Tidak! Aku masih gagal setiap bayangan lalu menghantuiku. Aku terlewat untuk perbaiki semuanya. Tiada apa yang dapat ku gambarkan melainkan penyesalan semata-mata kerana masa tidak dapat mengubah takdir yang telah berlaku. Biarlah cintaku berkubur dihati. Walaupun pahit, sakit hingga titisan air mata akan cuba kuteruskan hidup ini. Biar setiap langkah derita kuharungi demi melihat senyuman kebahagiaan seorang insan yang dicintai. Berbahagialah cinta. Andai itu takdirnya aku redha. Janganlah air matamu mengalir lagi. Kerana aku akan lebih sakit. Semadilah cintamu dihatiku wahai insan yang kucintai kerana masih belum ada insan lain yang bisa menggantikan dirimu. 
Cinta.......





 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png