Pages

Tuesday, 31 December 2013

Travelog Umrah (Mekah)

Day 5,
Assalamualaikum...
          Selepas kami selesai mengerjakan umrah. Kami semua pulang ke hotel. Sampai kat hotel apa lagi boom la sampai kul 4pg baru aku bangun bersiap-siap untuk ke Masjidil Haram. Haaa kat sini azan 2 kali. So taklah takut terbangun lambat nak ke masjid. 
         Aku pun pergilah sana bersama ayahku. Perkara pertama kami lakukan ketika masuk Masjidil Haram ialah melakukan tawaf sunat. Ustadz Habib pernah berpesan bila kita kat sini perbanuyakkanlah tawaf. Kerana Allah akan turunkan 120 rahmat di Masjidil Haram. 20rahmat untuk orang yang melihat Baitullah, 40 rahmat untuk orang yang solat di Masjidil Haram dan 60 rahmat untuk orang yang tawaf mengelilingi Baitullah. Rasullah pernah bersabda bahawa sembahyang di Masjidil Haram 100x lebih baik sembahyang di Masjidku. So kalau sembahyang di Masjid Nabawi 1000x kali lebih baik, kita kali dengan 100 = 100 000 kali lebih baik. Bayangkan semua amalan baik yang kita lakukan di Masjidil Haram di kali dengan 100 000. Subhanallah. Dan ada juga yang mengatakan ada 70ribu malaikat di atas Baitullah yang menyambut doa-doa orang yang tawaf mengelilinginya. Betapa ramai umat Islam yang merebut peluang tersebut. Siang malam sentiasa penuh. Di sinilah sepatutnya di panggil Kota yang tak pernah tidur kerana sentiasa ada umat Islam yang mengelilingi Baitullah.
         Aktiviti harini ialah aktiviti bebas. Tapi pukul 9 ustadz ada buat postmotum pasal ibadah umrah yang pertama. So segala masalah yang ada dikemukakan dan akan cuba diperbaiki bersama. So kita semua dapat beribadat dengan cara yang terbaik. Tapi aku yang kepenatan ni tidur la sampai tengaharai hahahah. Kat sini pukul 12pm masuk waktu zuhur, 3pm lebih waktu asar, 5pm lebih maghrib dan 7pm lebih waktu isyak. So ramai yang beriktikaf dari asar hingga lah ke isyak. Kadang-kadang lepas waktu asar ada yang keluar pergi minum dan makan di gerai berdekatan. Ada juga kedai masakan melayu.

 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Travelog Umrah (Mekah)

Day 4,
Assalamualaikum...
      Fuh dah masuk hari ke4. Hmmm harini selepas solat subuh kami melawat makam Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar RA buat kali terakhir sebelum berangkat ke Mekah. Selepas sarapan kami semua bersiap-siap di hotel. Yang lelaki sudah siap berihram. Mula-mula pakai ihram kekok jugak sebab rasa tak selesa. Bayangkan lelaki hanya dibenarkan pakai dua helai kain putih dan tidak boleh memakai apa-apa yang berjahit. Bab tutup badan tu senang la kan bab bahagian bawah ada kurang keselesaan sikit.. Uppsss .. hahaha Lepas Zuhur kami bertolak.
      Seperti biasa jemaah yang datang dari Madinah akan berhenti di Bir Ali untuk bermiqat di situ. Kami solat sunat ihram 2 rakaat dan selepas tu niat. Yang kena ujian pertama ialah ketika dalam ihram. Kena jaga pantang larang ihram. Antaranya ialah tidak boleh memakai atau bau wangi-wangian dan tak bleh membunuh binatang. Hmmm aku diuji disini. Ketika aku ambik wudhu' aku buka jam tangan lepas tu aku keluar lupa nak ambik jam tu. Lepas tu bila teringat aku cepat-cepat pegi tengok jam aku dah tak ada. Jam hadiah hari lahir aku tahun ni. Hmmm sedih.. Takpelah bukan rezeki nak buat macam mana... Redha je lahh...
      Sampai saja di mekah nak dekat tengah malam. Lepas tu nak bagi-bagi bilik hotel, nak angkut beg. itu-ini nak dekat 1 jam lebih. Lepas tu kami semua berkumpul di bawah untuk mengerjakan ibadah umrah bersama-sama. So kat sini family aku masuk kumpulan dengan ustad Habib. Since kita orang kali pertama ustad Habib yang akan bimbing bersama dengan ada lagi seorang ustad tu. Ustad Paridin dengan ustad Furqan bimbing jemaah yang sudah lama. So bermulah sesi umrah kami yang pertama.
      Pertama kali ternampak Baitullah hati rasa sayu. Di sinilah qiblat bagi semua umat Islam. Indah sungguh kelihatan. Denga ramai umat Islam yang sentiasa tawaf mengelilinginya. Ada juga yang berebut-rebut nak kucup hajarul aswad dan ada juga yang berebut nak cium kaabah. Subhanallah indahnya. So kami mulakanlah tawaf. Ramai jemaah yang mengikut doa dalam buku ketika tawaf mengikut tawaf yang keberapa mereka pusing. Ustadz Habib ada menjelaskan yang tak perlu baca doa ikut buku. Bacalah doa dalam bahasa melayu. Kerana kita faham dan yakin dengan maksudnya. Dianjurkan olehnya ketika tawaf pertama perbanyakkan zikrullah hingga selesai. Bermula tawaf ke2 perbanyakkan selawat kepada Rasulullah. Tawaf yang ke3 doa untuk ibu bapa. Tawaf ke4 doa untuk guru-guru. Tawaf ke5 doa untuk adik-beradik. Tawaf ke6 doa untuk saudara-mara, sahabat dan umat islam dan tawaf yang terakhir doa untuk diri sendiri. Semasa tawaf diantra rukun yamani dengan hajaraul aswad digalakkan membaca surah rabbana atina fidunya.... Selepas itu kami menunaikan solat sunat tawaf 2 rakaat berdekatan dengan Makam Ibrahim.
       Selesai tawaf kami pergi ke tempat saie di mana kami harus berjalan di antara bukit safa ke marwah sebanyak 7 kali bermula dari bukit safa dan akhir di bukit marwah. Selesai sahaja saei, tinggal 1 saje lagi rukun umrah yang belum dilaksanakan iaitu tahallul. Aku segera bertahalul dengan menggunting 3helai rambutku. Heheheh takut kena botak. Ramai diantara kaum bapa mencukur rambut mereka. Botak licin.... Hahahahha.. Tapi kenangan yang tak boleh dilupakan.
       Oh teringat aku satu tempat semasa selesai saei. Keluar saja dari bukit Marwah ada tandas berdekatan. ustad memberitahu kami semua bahawa disitu dulu adalah tapak rumah Abu Jahal. Karma Allah akhirnya rumah Abu Jahal yang zalim itu kini menjadi tandas tempat yang paling kotor. 
     




 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Monday, 30 December 2013

Travelog Umrah (Madinah)

Day 3,
Assalamualaikum...
       Fuh second day at Madinah. Kat sini routine harian berbeza sikit. Bangun seawal pukul 3pg. Kat sini Masjid sentiasa ada orang. Bangun awal-awal ni sebenarnya nak kejarkan Raudhah. Alhamdulillah dapat jugak solat dalam Raudhah. Sampai tertidur-tidur dalam Raudhah. Tapi kat sini kalau kat Raudhah orang tengah semayang dia main lalu je depan, langkah sini sana..Ada tu bila nak sujud siap kena buat isyarat baru dia elak. Azan pertama kul 4pg untuk bangunkan orang suruh qiamulail. Dan azan subuh pukul 5 lebih.
      Program untuk harini ialah pergi ke Masjid Quba iaitu masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW semasa berhijrah ke Madinah. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW sesiapa yang berwudhu' di rumah dan sembahyang di masjid Quba' maka ganjarannya samalah dengan mengerjakan ibadah umrah. So kenalah tahan wudu' sampai ke sana heheheheh...
       Selepas ke Quba' kami berangkat ke Jabal Uhud(Medan Uhud). Di mana disini ramai para syuhada yang dikebumikan semasa perang Uhud termasuk Saidina Hamzah. Di sini ustad menceritakan kisah peperangan uhud. Di mana tentera Islam di panah akibat tidak mengikut perintah Rasulullah ketika dibukit Ainan(kalau x salah). Saidina Hamzah RA juga turut terbunuh. Itulah serba serbi kisahnya. Nak tahu lebih lanjut kenalah rujuk mana-mana bacaan. Kat sini jugaklah ibu-ibu bapa-bapa memborong kurma hahahahahah....
      Then we go back to our place and acara bebas. Seperti biasalah sesiapa yg nk tawaf kedai dipersilakan heheheh...
     



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Travelog Umrah (Madinah)

Day 2,
Assalamualaikum
       Kami sampai di Madinah lebih kurang pukul 1pg waktu sana. Lepas tu Ustadz agih2kan bilik dan cakap sapa yang ingin mengikutiya ke masjid pada pukul 2:30 pg tak silap aku. So kami semua naik ke bilik masing-masing. Aku dan ayah aku mandi siap-siap dan terus turun. Kelihatan ustadz dan beberapa orang lagi turut ada bersama. Kami semua pun bergeraklah ke Masjid nabawi.
       Pertama kali melihat Masjid Nabawi hatiku tersentuh. Di sinilah terletaknya makam Rasulullah SAW. Disinilah terletaknya makam Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar RA. Bersebelahan dengan masjid ni terletaknya perkubura Baqi' yang menempatkan 10ribu kalau tak silap aku para sahabat dan keluarga Rasulullah SAW dan hanya 500 orang yang dikenal pasti. Antaranya ialah, Saidina Usman RA, cucu Rasulullah SAW Hassan dan Hussein, Saidatina Fatimah dan juga istri-istri Rasulullah SAW. Macam tak sangka pulak aku berpeluang jugak menjejakkan kaki ke sini.
       Masuk je ustadz menunjukkan kami di mana letaknya Raudhah dan Makam Rasulullah SAW. Memang dalam Raudhah tu keadaan sesak sangat. Penuh. Orang berebut-berebut sampai tolak-menolak. Alhamdulillah dapat jugak aku menunaikan solat di dalam Raudah selapas itu kami melawat makam Rasullullah SAW dan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umra RA. Kami duduk beriktikaf di dalam tu sehingga lah masuk waktu subuh. 
       Pertama kali aku mendengar azan di Masjid Nabawi meremang bulu roma aku. Sungguh perasaan tak dapat nak diungkapkan. Sayu hati. Merdu sungguh suaranya. Allahuakbar!!! Selepas solat fardhu di sini boleh dikatakan setiap waktu ada solat jenazah kerana ada sahaja jenazah yang nak disolatkan. Beruntungnya jasad-jasad tersebut dapat disembahyangkan oleh beribu-ribu umat Islam yang sembahyang di masjid tersebut. Selepas itu para jemaah lelaki bolehlah melawat perkuburan Baqi'...
      Memandangkan kami sampai hari jumaat, para jemaah berpeluang mengerjakan solat Jumaat di Masjid Nabawi ini. Dekat sini perempuanpun solat Jumaat jugak. Jangan terkejut. Bayangkan ustad memberitahu kami semua yang ada ramai umat Islam yang sanggup book hotel setiap hari jumaat untuk solat jumaat di Masjid Nabawi. Subhanallah jumlah jemaah terlalu ramai sehinggakan ada yang sembahyang dekat jalan. Kalaulah orang bukan Islam tengok konfirm dia takut. 
       Pada haritu adalah aktiviti bebas so kami hanya duduk berjalan di sekitar Masjid. Dan ada jugak yang beriktikaf. Dan ada juga yang shopping. Kat sini nak shopping kena pandai tawar harga hahahah... Orang yang jual tu pun pandai cakap bahasa melayu tau hahahaha...

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ini adalah lebih baik daripada 1000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masijidil Haram"

     



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Travelog Umrah (Travelling)

Day 1,
      Assalamualikum...
Akhirnya sampai juga aku di bumi Arab ini. Aku sampai dekat jeddah lebih kurang pukul 5 lebih petang waktu Arab saudi so kira kat Malaysia pukul 10 malamlah. Perbezaan masa lebih kurang 5jam. Kita orang menaiki flight AirAsia X. Dalam flight tu kami ada berjumpa dengan seorang ustadz yang merupakan seoarang mutawif. Namanya Ustadz Habibillah aka Ustadz Habib. Haa sepanjang perjalan yang bosan tu aku sekeluarga duduk berborak dengan ustadz Habib. Banyak info yang kami dapat mengenai cara mengerjakan umrah.
      Ok back to the story dekat airport lepas ambik bagasi semua kami semua mengerjakan solat fardhu maghrib dan jamak solat isyak. Selepas itu kami terus menaiki bas. Alhamdulillah keluargaku mendapat bas no1 bersama dengan ustadz Habib. Hmmm aku dah mula sukakan ustadz ni. Kalau dia bercakap menyenangkan hati orang. So dari Jeddah ke Madinah mengambil masa lebih kurang 5-6jam dalam bas tu aku duduk dah naik kematu punggung aku ni. Dengan cuaca yang sejuk menggigil. Fuh.... Lepas tu kami berhenti di RnR kat sana untuk makan malam.
      Puas lah dekat RnR tu fikir cara nak order makanan last-last orang tu pandai cakap melayu. Semua duk kalut. Depa semua dah pandai cakap bahasa Malaysia dah. Haahahahah so kita orang pun makanlah kat sana lepas tu naik bas sambung balik perjalanan. 
     


 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Kejayaan...

Assalamualaikum...
      Haishhh lama sudah aku tak update blog ni kan... Maklumlah baru berpeluang nak guna internet. Tadi balik je dari airport sampai rumah terus BOOOM!!! hahah jetlag lah katakan sampailah pukul 5 lebih baru bangun sebab makcik aku datang. Dalam pukul 6 lebih tadi aku berkesempatan  membaca blog-blog rakan-rakanku. Hmmm banyak article yang menarik. 
      Alhamdulillah aku telah berjaya mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan PMR tahun ini. Seramai 10 orang lagi rakan-rakanku telah mendapat keputusan straight A. Well apa yang aku dengar this are the names who got straight A's Shahrul and Izzati 8A. Manakala Zahida, Khadijah, Hazim, Salman, Alia, Arisya, Anuar dan Farzana mendapat keputusan 9A. Tak lupa jugak sekalung tahniah kepada Makcik Nisa dan Iqbal yang mendapat keputusan 7A. Tak pe sikit lagi... Teruskan usaha dan jangan berputus asa. Dan kepada rakan-rakanku yang lain juga tahniah.. You did your very best tak perlu dikesalkan.
      Sedih jugak tak dapat bersama-sama merasai debaran bersama rakan-rakanku. Dan juga meraikan kejayaan bersama mereka. Tak pelah Allah dah tentukan yang lebih baik. Pasti ada hikmahnya. Well thanks to my friend who sms and inform me about the result. Untuk pengetahuan korang sebenarnya aku dah tahu result aku sebelum korang lagi heheheh.. Jangan marah yeee hahahaha.. 
       Anyway mission acompilshed.. Mission?? hahahaha. Mision aku ketika bersama makcik Nisa. Kami berjaya membuktikan yang bercinta tidak membawa pada kelalaian dalam pelajaran. Kita orang dapat buktikan walaupun asik dilamun cinta pada masa itu tidak membuat kita orang lalai dan gagal untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Well I guess we did it. Hahahahah...



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Thursday, 12 December 2013

Feeling...

Assalamualaikum...
       What is this feeling. I never felt anything like it before. Its like deep inside. My heads hurt. Maybe because I think too much. Why do I have to think about it. I want to forget it all. Forget everything. Maybe if I get amnesia the pain will be gone. Hahaha I wish I could. Just forget all the pain. And live a new life. A new me. Someone who is always happy and days full of smile. Forget the problems and forget the pain. Aku terlalu yakin yang aku kuat. But ternyata aku lemah. Why I feel empty??? Why is this feeling haunting me??? I have commited to much sin. If this is the ways Allah nak hapuskan dosa aku. Aku reda. Im just hoping when Im there all the pain is gone. I want to forget everything. I want to forget the past and live the future. Like I always say. Smile can ease the pain. So keep smiling Irfan never let the problem revealed your weakness. You made your decision therefore you have to face it. Biarlah apa orang nak cakap sekalipun. You are you, no one can change that, no can change who you are and only you can change who you are. Pekakkan telinga, butakan mata. Follow your heart, what ever you do follow your heart. And one more thing what ever you do, just believe in yourself, have a trust in yourself. You can do it. You are strong Irfan. Wake up. Smile and smile and smile... Be yourself again. Dont pretend to be someone you are not. Dont pretend to love or like something you dont. Keep searching. Everything is in you. You dont have to keep looking. Just look inside you. Get it out. Keluarlah.. Janganlah berkurung lagi.... You can do it.....




 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

Umrah...

Assalamualaikum...
       Alhamdulillah akhirnya visa aku dan family telah diluluskan untuk mengerjakan ibadah umrah. Aku harap disana nanti aku akan peroleh ketenangan. Lupakan semua masalah yang melanda. So kepada kawan-kawanku aku tak dapatlah nak sertai korang ambik result PMR. Nanti result keluar jangan lupa bagitahu aku berapa korang dapat. Aku akan doakan kita semua dapat keputusan yang cemerlang 8A/9A. Korang doakan urusan aku disana dipermudahkan, selamat pergi dan selamat balik. Semoga bila aku balik nanti kekusutan ini akan terurai. Kepada sahabatku yang sedang bersedih tu, janganlah nangis-nangis lagi. You are strongger than you think. Kepada sahabatku yang sedang berada di dunia asmara dana. Take care of each other. Hahahahah. Yang sedang bermuram to chill. Forget the past, live the future. Like I say jangan mencintai orang yang tak hargai cinta. Hope you understand. Everything happen for a reason. Kalu ada apa-apa mesej fb atau wechat aku. Kalau aku free aku bacalah. Oh yeah before I go. Aku nak minta maaf atas semua kesalahan aku dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kalau aku ada ambik barang korang ke atau apa saja mintak dihalalkan. Hahahahaha berdebar jugak ehh. Result nak keluar ni. Tapi yang tak bestnye aku tak dapat turut serta. Ada hikmah kut aku tak pergi. So korang nanti ambik result no cry-cry ah.. smile-smile and laugh-laugh only... 



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png