Day 1,
Assalamualikum...
Akhirnya sampai juga aku di bumi Arab ini. Aku sampai dekat jeddah lebih kurang pukul 5 lebih petang waktu Arab saudi so kira kat Malaysia pukul 10 malamlah. Perbezaan masa lebih kurang 5jam. Kita orang menaiki flight AirAsia X. Dalam flight tu kami ada berjumpa dengan seorang ustadz yang merupakan seoarang mutawif. Namanya Ustadz Habibillah aka Ustadz Habib. Haa sepanjang perjalan yang bosan tu aku sekeluarga duduk berborak dengan ustadz Habib. Banyak info yang kami dapat mengenai cara mengerjakan umrah.
Ok back to the story dekat airport lepas ambik bagasi semua kami semua mengerjakan solat fardhu maghrib dan jamak solat isyak. Selepas itu kami terus menaiki bas. Alhamdulillah keluargaku mendapat bas no1 bersama dengan ustadz Habib. Hmmm aku dah mula sukakan ustadz ni. Kalau dia bercakap menyenangkan hati orang. So dari Jeddah ke Madinah mengambil masa lebih kurang 5-6jam dalam bas tu aku duduk dah naik kematu punggung aku ni. Dengan cuaca yang sejuk menggigil. Fuh.... Lepas tu kami berhenti di RnR kat sana untuk makan malam.
Puas lah dekat RnR tu fikir cara nak order makanan last-last orang tu pandai cakap melayu. Semua duk kalut. Depa semua dah pandai cakap bahasa Malaysia dah. Haahahahah so kita orang pun makanlah kat sana lepas tu naik bas sambung balik perjalanan.
No comments:
Post a Comment