Pages

Monday, 30 December 2013

Travelog Umrah (Madinah)

Day 2,
Assalamualaikum
       Kami sampai di Madinah lebih kurang pukul 1pg waktu sana. Lepas tu Ustadz agih2kan bilik dan cakap sapa yang ingin mengikutiya ke masjid pada pukul 2:30 pg tak silap aku. So kami semua naik ke bilik masing-masing. Aku dan ayah aku mandi siap-siap dan terus turun. Kelihatan ustadz dan beberapa orang lagi turut ada bersama. Kami semua pun bergeraklah ke Masjid nabawi.
       Pertama kali melihat Masjid Nabawi hatiku tersentuh. Di sinilah terletaknya makam Rasulullah SAW. Disinilah terletaknya makam Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar RA. Bersebelahan dengan masjid ni terletaknya perkubura Baqi' yang menempatkan 10ribu kalau tak silap aku para sahabat dan keluarga Rasulullah SAW dan hanya 500 orang yang dikenal pasti. Antaranya ialah, Saidina Usman RA, cucu Rasulullah SAW Hassan dan Hussein, Saidatina Fatimah dan juga istri-istri Rasulullah SAW. Macam tak sangka pulak aku berpeluang jugak menjejakkan kaki ke sini.
       Masuk je ustadz menunjukkan kami di mana letaknya Raudhah dan Makam Rasulullah SAW. Memang dalam Raudhah tu keadaan sesak sangat. Penuh. Orang berebut-berebut sampai tolak-menolak. Alhamdulillah dapat jugak aku menunaikan solat di dalam Raudah selapas itu kami melawat makam Rasullullah SAW dan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umra RA. Kami duduk beriktikaf di dalam tu sehingga lah masuk waktu subuh. 
       Pertama kali aku mendengar azan di Masjid Nabawi meremang bulu roma aku. Sungguh perasaan tak dapat nak diungkapkan. Sayu hati. Merdu sungguh suaranya. Allahuakbar!!! Selepas solat fardhu di sini boleh dikatakan setiap waktu ada solat jenazah kerana ada sahaja jenazah yang nak disolatkan. Beruntungnya jasad-jasad tersebut dapat disembahyangkan oleh beribu-ribu umat Islam yang sembahyang di masjid tersebut. Selepas itu para jemaah lelaki bolehlah melawat perkuburan Baqi'...
      Memandangkan kami sampai hari jumaat, para jemaah berpeluang mengerjakan solat Jumaat di Masjid Nabawi ini. Dekat sini perempuanpun solat Jumaat jugak. Jangan terkejut. Bayangkan ustad memberitahu kami semua yang ada ramai umat Islam yang sanggup book hotel setiap hari jumaat untuk solat jumaat di Masjid Nabawi. Subhanallah jumlah jemaah terlalu ramai sehinggakan ada yang sembahyang dekat jalan. Kalaulah orang bukan Islam tengok konfirm dia takut. 
       Pada haritu adalah aktiviti bebas so kami hanya duduk berjalan di sekitar Masjid. Dan ada jugak yang beriktikaf. Dan ada juga yang shopping. Kat sini nak shopping kena pandai tawar harga hahahah... Orang yang jual tu pun pandai cakap bahasa melayu tau hahahaha...

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ini adalah lebih baik daripada 1000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masijidil Haram"

     



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

No comments:

Post a Comment