Day 3,
Assalamualaikum...
Fuh second day at Madinah. Kat sini routine harian berbeza sikit. Bangun seawal pukul 3pg. Kat sini Masjid sentiasa ada orang. Bangun awal-awal ni sebenarnya nak kejarkan Raudhah. Alhamdulillah dapat jugak solat dalam Raudhah. Sampai tertidur-tidur dalam Raudhah. Tapi kat sini kalau kat Raudhah orang tengah semayang dia main lalu je depan, langkah sini sana..Ada tu bila nak sujud siap kena buat isyarat baru dia elak. Azan pertama kul 4pg untuk bangunkan orang suruh qiamulail. Dan azan subuh pukul 5 lebih.
Program untuk harini ialah pergi ke Masjid Quba iaitu masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW semasa berhijrah ke Madinah. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW sesiapa yang berwudhu' di rumah dan sembahyang di masjid Quba' maka ganjarannya samalah dengan mengerjakan ibadah umrah. So kenalah tahan wudu' sampai ke sana heheheheh...
Selepas ke Quba' kami berangkat ke Jabal Uhud(Medan Uhud). Di mana disini ramai para syuhada yang dikebumikan semasa perang Uhud termasuk Saidina Hamzah. Di sini ustad menceritakan kisah peperangan uhud. Di mana tentera Islam di panah akibat tidak mengikut perintah Rasulullah ketika dibukit Ainan(kalau x salah). Saidina Hamzah RA juga turut terbunuh. Itulah serba serbi kisahnya. Nak tahu lebih lanjut kenalah rujuk mana-mana bacaan. Kat sini jugaklah ibu-ibu bapa-bapa memborong kurma hahahahahah....
Then we go back to our place and acara bebas. Seperti biasalah sesiapa yg nk tawaf kedai dipersilakan heheheh...
No comments:
Post a Comment