Day 4,
Assalamualaikum...
Fuh dah masuk hari ke4. Hmmm harini selepas solat subuh kami melawat makam Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar RA buat kali terakhir sebelum berangkat ke Mekah. Selepas sarapan kami semua bersiap-siap di hotel. Yang lelaki sudah siap berihram. Mula-mula pakai ihram kekok jugak sebab rasa tak selesa. Bayangkan lelaki hanya dibenarkan pakai dua helai kain putih dan tidak boleh memakai apa-apa yang berjahit. Bab tutup badan tu senang la kan bab bahagian bawah ada kurang keselesaan sikit.. Uppsss .. hahaha Lepas Zuhur kami bertolak.
Seperti biasa jemaah yang datang dari Madinah akan berhenti di Bir Ali untuk bermiqat di situ. Kami solat sunat ihram 2 rakaat dan selepas tu niat. Yang kena ujian pertama ialah ketika dalam ihram. Kena jaga pantang larang ihram. Antaranya ialah tidak boleh memakai atau bau wangi-wangian dan tak bleh membunuh binatang. Hmmm aku diuji disini. Ketika aku ambik wudhu' aku buka jam tangan lepas tu aku keluar lupa nak ambik jam tu. Lepas tu bila teringat aku cepat-cepat pegi tengok jam aku dah tak ada. Jam hadiah hari lahir aku tahun ni. Hmmm sedih.. Takpelah bukan rezeki nak buat macam mana... Redha je lahh...
Sampai saja di mekah nak dekat tengah malam. Lepas tu nak bagi-bagi bilik hotel, nak angkut beg. itu-ini nak dekat 1 jam lebih. Lepas tu kami semua berkumpul di bawah untuk mengerjakan ibadah umrah bersama-sama. So kat sini family aku masuk kumpulan dengan ustad Habib. Since kita orang kali pertama ustad Habib yang akan bimbing bersama dengan ada lagi seorang ustad tu. Ustad Paridin dengan ustad Furqan bimbing jemaah yang sudah lama. So bermulah sesi umrah kami yang pertama.
Pertama kali ternampak Baitullah hati rasa sayu. Di sinilah qiblat bagi semua umat Islam. Indah sungguh kelihatan. Denga ramai umat Islam yang sentiasa tawaf mengelilinginya. Ada juga yang berebut-rebut nak kucup hajarul aswad dan ada juga yang berebut nak cium kaabah. Subhanallah indahnya. So kami mulakanlah tawaf. Ramai jemaah yang mengikut doa dalam buku ketika tawaf mengikut tawaf yang keberapa mereka pusing. Ustadz Habib ada menjelaskan yang tak perlu baca doa ikut buku. Bacalah doa dalam bahasa melayu. Kerana kita faham dan yakin dengan maksudnya. Dianjurkan olehnya ketika tawaf pertama perbanyakkan zikrullah hingga selesai. Bermula tawaf ke2 perbanyakkan selawat kepada Rasulullah. Tawaf yang ke3 doa untuk ibu bapa. Tawaf ke4 doa untuk guru-guru. Tawaf ke5 doa untuk adik-beradik. Tawaf ke6 doa untuk saudara-mara, sahabat dan umat islam dan tawaf yang terakhir doa untuk diri sendiri. Semasa tawaf diantra rukun yamani dengan hajaraul aswad digalakkan membaca surah rabbana atina fidunya.... Selepas itu kami menunaikan solat sunat tawaf 2 rakaat berdekatan dengan Makam Ibrahim.
Selesai tawaf kami pergi ke tempat saie di mana kami harus berjalan di antara bukit safa ke marwah sebanyak 7 kali bermula dari bukit safa dan akhir di bukit marwah. Selesai sahaja saei, tinggal 1 saje lagi rukun umrah yang belum dilaksanakan iaitu tahallul. Aku segera bertahalul dengan menggunting 3helai rambutku. Heheheh takut kena botak. Ramai diantara kaum bapa mencukur rambut mereka. Botak licin.... Hahahahha.. Tapi kenangan yang tak boleh dilupakan.
Oh teringat aku satu tempat semasa selesai saei. Keluar saja dari bukit Marwah ada tandas berdekatan. ustad memberitahu kami semua bahawa disitu dulu adalah tapak rumah Abu Jahal. Karma Allah akhirnya rumah Abu Jahal yang zalim itu kini menjadi tandas tempat yang paling kotor.
No comments:
Post a Comment