Pages

Sunday, 22 November 2015

Pertemuan dan Perpisahan

Setiap pertemuan pasti ada hikmahnya. Jangan dipersoalkan kenapa kita dipertemukan. Jangan mempersoalkan mengapa sekarang kita dipertemukan. Setiap pertemuan ada sebabnya tersendiri. Boleh jadi engkau tidak suka akan pertemuan itu tetapi ia amat baik untuk mu. Boleh jadi kau amat suka pertemuan itu tetapi ia tidak baik untuk mu. Aku terfikir pertemuan aku dengan dirinya ada banyak hikmah. Sungguh aku bersyukur dengan pertemuan ini. Dia hadir membawa kembali nur dalam hidupku. Jiwaku yang kosong mulai diisi. Hatiku yang gundah mulai tenang. Dia membimbingku mengenali kembali yang mencipta diri ini. Sugguh aku bersyukur. 
        Di setiap pertemuan yang baik pasti ada saja yang mencemburui. Musuh utama manusia yang sering inginkan kita bergelumang dengan dosa. Hatiku terasa semakin jauh dengan dirinya. Aku takut kehilangan dia. Hatiku sakit tidak terhingga, menahan siksaan hati yang sakit dek kerana bisikan yang durjana. Setiap yang dibicarakan pasti akan membuatku berfikir negatif. Aku cuba untuk melawan. Tapi aku cuma manusia biasa. "Dia tidak menjauh darimu, tetapi hatimu berasa dia menjauh kerana syaitan ingin kamu berpisah dengannya," Kata-kata dari seorang sahabat menyedarkanku.
        "Kalau kau berbuat sedemikian kita putus persahabatan," Aku tersentak dek kata-kata yang terucap dibibirmu. Ya Rab apakah ini dugaan ? Adakah ini pengakhiran? Adakah dia memang ingin menjauh daripadaku? Aku terkedu. Tangisan air mata mengalir. Dia aku anggap sebagai seorang abang. Adakah dia benci padaku menyebabkan dia berkata seperti itu? Aku keliru. 
       Alhamdulillah, perkara itu sudah berlalu. Dia masih setia disisi menggamit tanganku menuju mencari nur ilahi. Aku tahu sampai masa nanti perpisahan itu akan menanti. Aku harus bersedia. Kerna telah tertulis setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Perpisahan tidak bermaksud kita saling melupakan. Mungkin kita hanya jarang bertemu. Saat-saat akhir ini akanku guna dengan sebaiknya. Insyaallah....


 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

No comments:

Post a Comment