Pages

Saturday, 28 November 2015

Move On...

Assalamualaikum...


Pejam-celik pejam-celik akhirnya dah sampai ke penghujung zamaan persekolahan. Banyak Benda yang telah aku pelajari dari cara hidup berdikari sehinggalah kepada pengorbanan diri. Kenangan pahit manis menjadi asam garam dalam kehidupan. Isnin ni budak-budak yang ambil bio akan menamatkan peperiksaan SPM. Tinggallah aku bersama 28 lagi orang sahabat disekolah sehingga 8/12. Dah akhir-akhir ni macam-macam yang aku rasakan. Gembira, tak sabar-sabar nak balik tapi... Sedih pun ada. Orang kata ujian itu selalu datang pada saat dan ketika yang kita tidak jangkakan. Tetapi hidup mesti diteruskan. Aku selalu cakap dekat orang lain keep a smile on your face and be happy. Tapi kata-kata itu lebih mudah ditutur di mula daripada dilakukan. Kadang-kadang aku duduk termenung memikirkan apa kesilapan yang aku telah lakukan.


       "Kawan Baik/Kawan Rapat" Hmmm aku sungguh takut dengan istilah tu. Setiap kali aku menjadikan seseorang tu teman baik ku maka orang itu secara perlahan akan menjauh daripadaku. Kadang-kadang aku terfikir mungkin firasat aku je kut. Tapi setiapp individu yang aku menjadi rapat dengan mereka yang aku gelar sahabat akan pergi jauh meninggalkan aku. Teruk sangatkah diri ini? Tidak layakkah aku mempunyai sahabat baik? Mungkin cukuplah lepas ini aku hanya berkawan dengan semua orang sama sahaja. Kawan biasa... Setiap kali pertemuan ada kegembiraan tetapi dihujungnya aku akhirnya aku duduk menangisi mencari kesilapan diri. Sakitnya hanya aku sahaja yang ketahui. Aku tak sanggup lagi. Sakitnya di dalam.

       Janganlah lagi mengharap kepada sesiapa. Berharap kepada yang satu. Berdikarilah. Percayalah kepada diri. Pergilah derita, pergilah duka. Carilah kembali sinar kebahagiaan. Bangkitlah. Jangan tangisi perkara yang sudah berlaku. Keep moving foward. Keep a smile on your face. Hide the sorrow in your laugh. Be brave. You Are Not Alone.... 



 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

No comments:

Post a Comment