Pages

Wednesday, 8 October 2014

Aku Seorang Pemimpin.

Assalamualaikum wbt...
Sejak akhir-akhir ini banyak perkara yang telah berlaku. Pelbagai kejutan yang aku terima. Menjadi seorang pemimpin bukan senang. Pelbagai rintangan yang harus aku atasi. Pelbagai onak dan duri yang harus ku tempuhi. Sejak namaku terpilih menjadi salah seorang calon ahli Majlis Tertinggi (MT)  namaku sering disebut. Rakan-rakanku sering membantu menaikkan namaku.
     Terpilih menjadi salah seorang calong memang mengejutkan aku. Tak mengharap pun nak pegang jawatan seperti ini. Pada awalnya hanya target nak jadi pengawas je. Tapi Allah memberikan lebih daripada yang aku harapkan. Perasaan yang tidak dapat nak diluahkan apabila mengetahui perkara tersebut. Tapi aku lupa setiap sasuatu yang Allah lakukan pasti ada ujian disebaliknya. 
     Apabila menjadi seorang calon MT aku sering terlupa akan amanah yang harus dipikul. Ada perasaan bangga diri walaupun cuba ku tepis, cuba aku nafi tapi sebenarnya perasaan itu ada. I take things for granted. Bak kata kawan aku amanah ni berat umpama sebelah kaki di syurga dan sebelah lagi di neraka. Apabila membuat refleksi diri baru aku sedar banyak kesilapan yang telah aku lakukan.
     Bila menjadi seorang pemimpin banyak yang harus kita fikirkan. Pelajaran semestinya harus sentiasa cemerlang. Antara rakan dan tanggungjawab harus bijak kita bezakan. Haruslah bijak kita membahagikan masa. Punctuality is one of the aspect that we should have. Sahsiah haruslah terpuji. Masalah disiplin haruslah dielakkan. Tetapi...
     Sebagai seorang pemimping aku gagal menunjukkan criteria yang dinyatakan. Gagal menjadi contoh kepada rakan yang lain. Dikejutkan lagi dengan berita tergempar kes yang melibatkan namaku. Astaghfirullahal azim... Sungguh jauh aku daripada amanah yang harus ku pikul. Bertapa malunya diriku bila dengar ada banyak negative feedback. pasal diriku. Mana pergi nama yang disebut2kan. Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.
     Alhamdulillah aku cepat disedarkan. Aku sedar akan tanggunjawabku. Aku sedar akan amanahku. Terima Kasih Kak Adda, Abg Sobir, Abg Yad My fellow calon MT Ieyol, Achad, Razin, Muhammad, Nadia, Atie, Sabrina, Fai n Iwani kerana telah menyedarkan diriku. Dalam masa yang berbaki ini akan ku cuba buktikan kebolehan diriku sebagai seorang pemimpin. Biarlah apa orang nak kata selepas ini. I will prove myself im worthy of being a leader. I know I am chosen for a reason so I wont backoff until the end. InsyaAllah.

 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

No comments:

Post a Comment