Pages

Saturday, 11 October 2014

Luahan hati yang terbuku...

Assalamualaikum...
          Tak sangka benda ni boleh terjadi. Hanya satu ayat boleh menugubah segalanya. Aku dan dia baru saja mula nak rapat. Boleh bergurau dan berborak selalu. Sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang dia sungguh marah denganku hanya kerana sebaris ayat yang ku tulis. Bukan niatku langsung untuk menyakiti hatinya dan bukan niatku untuk menyindir, hanya menganggap itu sebagai gurauan. Selama ini dengan 'orang-orang' lain bila aku kata seperti itu, mereka boleh je terima. Tidak perlulah bermasam muka. Tidak pula memarahi aku. Tidak juga memburuk2kan aku. Hanya dengan sebaris ayat itu seperti aku telah membuat satu dosa yang besar sangat.
         Selepas dapat tahu tentang ayatku membuat kau marah. Hati ku dari pagi hingga ke malam tidak tenang. Selepas solat Maghrib aku sanggup naik nak berjumpa dengan mu. Tapi kau kata jumpa lepas habis kelas malam. Walaupun dah pukul 11 malam sanggup aku menapak naik jumpa denganmu. Ketuk pintu berkali-kali ingin menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku. Tapi yang aku harap hanyalah kehampaan. Cuba ingin kujelaskan, tapi hati mu keras tidak ingin mengerti. Menyalahkan perbuataku bulat tanpa ada pertimbangan dua2 belah pihak. How could you just shut the door on me. Tapi tak apa lah aku dah minta maaf atas kesilapanku. Ikutlah jika kau ingin memaafkan aku ataupun tidak. Itu hakmu. Selepas ini aku tidak akan mengganggu mu lagi. Cuma ingin ku ingatakan Allah sendiri boleh mengampunkan dosa hambanya apatah lagi kita yang hina. Aku mengharapkan kesalahanku dimaafkan.
 
 photo 702ACCF88205E40B5C2EACCA9BD6A9D6_zps9d2caf36.png

No comments:

Post a Comment