Aku merupakan seorang pelajar tingkatan 3 yang bersekolah di SMK SULTAN ALAUDDIN. Aku ialah seorang TOP STUDENT dalam bidang accademic di sekolah. Empat tahun yang lalu aku berpeluang merantau ke negara orang kerana mengikuti ayahku sambung belajar di La Trobe University, Melbourne, Australia. Aku tidak sempat meduduki peperiksaan UPSR. Aku pulang ke Malaysia pada akhir tahun 2011.
Pada awal tahun 2012 aku telah mendaftar masuk ke SMK SULTAN ALAUDDIN yang terletak di Masjid Tanah, Melaka. Aku telah ditempatkan di kelas 2RK. Ramai orang mengangap aku sebagai seorang yang sombong, kerek dan kata-kata yang sekutunya. Setelah beberapa minggu aku mula rapat dengan beberapa pelajar di kelas tersebut.
Pada tahun itu aku digelar dengan pelbagai panggilan Budak Melbourne, Budak Australia, Kangaroo dan ada juga yang memanggil aku Wallaby. Keadaan kelas 2RK memang sangat bising sehinggakan guru-guru mengangunerahkan kami dengan kelas yang terbising. Bermacam-macam kelompok ada, geng tandaslah, geng tidurlah, geng yang rajin, geng yang pemalas. Kelas RK hanya dipandang lewa sahaja kerana kelas tersebut turun termurun tidak perform dari segi akademik. Guru-guru lebih menumpukan perhatian kepada kelas KAA sebagai target cemerlang PMR. Semua persepsi itu berubah selepas aku masuk dan mulakan competition antara pelajar. Akhirnya pelajar RK mula diberikan perhatian oleh guru-guru sebagai potensi cemerlang.
Pada akhir tahun 2012, 7pelajar 2RK dan 13pelajar 2KAA1 dan 1pelajar 2A telah mendapat keputusan yang cemerlang untuk Peperiksaan Akhir Tahun. Aku telah berjaya mendapat keputusan 8A untuk peperiksaan akhir tahun dan mula dipandang oleh orang ramai.
Begitulah sedikit sebanyak kisah aku.
No comments:
Post a Comment