Assalamualaikum....
Apa yang membuatkan kita bahagia? Entahlah kerana kebahagiaan itu hanya akan datang sekejap sahaja dan pergi begitu sahaja. Betul ke?
Tadi lepas paper mathematics ramai yang merungut. Biasalah kadang-kadang kita dah keluar tu baru ingat macam mana nak buat. Kadang-kadang terfikir juga kenapa dalam exam kita tak nampak kesalahan yang kita buat tapi bila dah keluar baru ternampak. Mungkin kita terfikir BAD LUCK kan? Cuba lihat kembali mungkin kita banyak buat dosa dan meynyebabkan pemikiran kita terhijab. Jangan salahkan takdir. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
"Beruntunglah seseorang itu apabila dia redha dengan apa yang dia dapat"
Terdengar ayat itu keluar daripada rakanku. Aku terpana dan terfikir kembali akan ayat yang meniti di bibirnya itu. Selagi mana kita tidak redha dengan apa yang berlaku. Selagi mana kita tidak redha dengan apa yang kita dapat. Selagi mana kita mencari kesalahan orang lain atau diri sendiri akan sesuatu yang berlaku. Selagi itulah kebahagiaan tidak akan kita capai. Baru aku sedar betapa ruginya aku. Mengenang akan kesilapanku yang lepas menyedarkan aku. Bahawa kebahagiaan yang kucari itu sebenarnya dekat. Redhalah dengan apa yang telah berlaku. Senyumlah kembali. Jangan tangisi perkara yang lalu. Harungilah masa yang akan mendatang. Berbahagialah wahai insan yang redha...
No comments:
Post a Comment